Skip to content

PENAMPILAN TERBARU ZAYN MALIK BIKIN PEMINAT GUNDAH

PENAMPILAN TERBARU ZAYN MALIK BIKIN PEMINAT GUNDAH

Kongsikan artikel ini

Zayn Malik memberi kejutan besar kepada peminat dan pengikutnya di Instagram.

Baru-baru ini penyanyi itu berkongsi videonya menyanyikan lagu Shoot At Will secara acapella. Namun yang mencuri perhatian ramai bukanlah suaranya yang merdu, tetapi penampilan terkininya.

Dengan rambut panjang agak serabai, dandanan Zayn mengingatkan kembali penampilannya ketika masih bergelar ahli kumpulan One Direction. Selain rambut, turut menjadi bualan peminat adalah misai dan jambangnya yang lebat.

“Cuba kongsikan apa rutin penjagaan rambut anda. Bagaimana ia tumbuh secepat itu?” tanya peminat. Seorang lagi menambah, “Suaranya, rambutnya, janggutnya, matanya, tatunya, saya amat-amat mengaguminya.”

Zayn Malik

Foto: Instagram

Dalam video tersebut, Zayn dilihat menyarung celana rona cream bersama kemeja sedondon, jelas menampakkan tatu di lengannya. Sambil mengalih pandangan dari kamera, dia menyanyikan lagu terbarunya itu dari album Room Under The Stairs.

Penampilan Zayn Malik Di Acara Umum

Sebelum album keempatnya itu dikeluarkan pada Mei lalu, Zayn jarang memuat naik hantaran di media sosial atau menghadiri acara di Hollywood.

Bagaimanapun bapa kepada seorang cahaya mata itu membuat penampilan pertamanya dalam tempoh lima tahun dengan menghadiri Minggu Fesyen Paris pada Januari lalu. Dia duduk di barisan hadapan di pertunjukan Kenzo di samping Pharrell Williams dan Rita Ora.

Zayn at Kenzo's show in Paris Fashion Week! : r/zayn

Zayn kelihatan segak dalam sut tweed bermotif rona biru bersama kemeja putih yang dibiarkan tidak berbutang pada bahagian leher.

Beberapa hari kemudian dia muncul di pertunjukan pakaian lelaki Loewe dan Valentino untuk Musim Luruh/Sejuk 2024. Bagaimanapun selepas mempromosi dan mengeluarkan album terkahirnya, Zayn sekali lagi mengundurkan diri daripada tatapan umum.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: PENDEDAHAN MENGEJUTKAN MENGENAI KECURANGAN ZAYN MALIK