Skip to content

PENGAKHIRAN MAHLIGAI PERKAHWINAN FARID KAMIL & DIANA DANIELLE

PENGAKHIRAN MAHLIGAI PERKAHWINAN FARID KAMIL & DIANA DANIELLE

Kongsikan artikel ini

Kemelut rumah tangga pasangan terkenal, Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui titik noktah.

Tanggal 24 Mac 2025, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Farid melafazkan cerai terhadap Diana di hadapan Hakim Syarie selepas mahkamah membenarkan permohonan yang difailkan aktres itu pada hujung tahun lalu.

Perceraian kali kedua ini menandakan berakhirnya mahligai perkahwinan mereka yang dibina sejak 12 tahun lalu. Pelakon Anwar itu kelihatan tenang dan berkata dia menerima perpisahan itu dengan hati berbuka.

“Dalam bulan Ramadan penuh barakah ini, semuanya selesai. Terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi,” katanya, menurut laporan Kosmo! Online.

Foto: Kosmo!

Farid Kamil & Diana Danielle Mahu Fokus Pada Anak-Anak

Bukan hanya Farid, Diana turut meluahkan rasa syukur kerana segala urusan telah selesai. Kini, dia mahu sama-sama memberi tumpuan penuh kepada dua anak mereka, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Walaupun sudah tidak lagi hidup sebumbung, mereka sepakat untuk memberi yang terbaik buat anak-anak. Malah Diana tidak mengenakan sebarang syarat atau sekatan untuk Farid datang bertemu Muhammad dan Aurora.

“Saya tidak bercadang untuk simpan anak-anak untuk diri sendiri dan menyusahkan bekas suami sebab bagi saya anak-anak masih perlukan ibu dan ayah, kami cuba untuk buatkan mereka lebih selesa.

“Masing-masing boleh teruskan fokus kepada anak-anak serta kepada jalinan persahabatan yang lebih baik selepas ini. Tiada apa lagi untuk diperkatakan sebab segalanya dah selesai dan terima kasih kepada Farid kerana memberikan (apa yang diinginkan),” ujarnya menurut Malaysiakini.

DIANA DANIELLE FARID KAMIL bercerai

Foto: Instagran

Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta. Namun dek krisis berpanjangan dalam rumah tangga, mereka sah bercerai pada 10 Ogos 2023 melalui Google Meet.

Jodoh pasangan itu masih kuat apabila mereka membuat keputusan merujuk semula selepas 21 hari, sewaktu dalam tempoh iddah. Bagaimanapun pada 4 November 2024 Diana menfailkan perceraian buat kali kedua.

 

Foto: The Star

Pautan berkaitan: BERKONGSI MESEJ MENYENTUH HATI, PEMINAT TITIP DOA BUAT FARID KAMIL

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TAKZIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH KEHILANGAN PUTERA TERCINTA

Bacaan Lanjut
HUBUNGAN DENGAN SUAMI IBARAT RAKAN SEBILIK, JESSICA ALBA PILIH BERCERAI

HUBUNGAN DENGAN SUAMI IBARAT RAKAN SEBILIK, JESSICA ALBA PILIH BERCERAI

Bacaan Lanjut
PERCERAIAN MENGEJUTKAN ARTIS MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2024

PERCERAIAN MENGEJUTKAN ARTIS MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2024

Bacaan Lanjut
PENGAKHIRAN MAHLIGAI PERKAHWINAN FARID KAMIL & DIANA DANIELLE

“JANGAN PUJUK” – DIANA DANIELLE NEKAD FAILKAN PERCERAIAN TERHADAP FARID KAMIL

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! SEAN LEE KINI SUAMI KEPADA MODEL BAY DOUCET

TAHNIAH! SEAN LEE KINI SUAMI KEPADA MODEL BAY DOUCET

Bacaan Lanjut
KEITH FOO KEMBALI DIULIT BAHAGIA

KEITH FOO KEMBALI DIULIT BAHAGIA

Bacaan Lanjut