Skip to content

PENGANJUR GOOD VIBES FESTIVAL FAILKAN SAMAN RM11 JUTA TERHADAP THE 1975

PENGANJUR GOOD VIBES FESTIVAL FAILKAN SAMAN RM11 JUTA TERHADAP THE 1975

Kongsikan artikel ini

Kumpulan muzik Britain, The 1975 akhirnya berdepan padah dek kontroversi jelik yang dicetuskan pada Good Vibes Festival 2023.

Baru-baru ini penganjur Future Sound Asia (FSA)mengambil tindakan tegas dengan menyaman kumpulan itu sebanyak RM11.25 juta di Mahkamah Tinggi United Kingdom.

Dalam tuntutan itu, The 1975 terutama vokalis Matty Healy didakwa sengaja melanggar undang-undang Malaysia sekali gus menyebabkan festival itu dibatalkan.

Foto: AFP

Sebelum membuat persembahan, wakil The 1975 telah pun memberi jaminan bertulis bahawa mereka akan mematuhi panduan dan peraturan yang ditetapkan.

Antara garis panduan membuat persembahan di atas pentas adalah larangan merokok, mengambil minuman keras, mengeluarkan kata-kata kesat, bercumbu, menanggalkan pakaian dan bercakap tentang isu agama serta politik.

The 1975 Pamer Kelakuan Biadap

Bagaimanapun kumpulan itu dilihat sengaja mahu menunjukkan tanda protes dengan memainkan senarai lagu berbeza. Bukan itu sahaja, Matty turut mengucup pemain bass Ross MacDonald dan mengutuk kerajaan berkenaan isu LGBTQ+.

The 1975

Foto: Utusan

Matty juga sempat merosakkan kamera dron yang digunakan untuk merakam persembahan. Dia juga kelihatan mabuk dan merokok di atas pentas sebelum dihentikan oleh pihak penganjur. Tiga minggu selepas tercetusnya kontroversi itu, FSA mengeluarkan kenyataan mengutuk kelakuan mereka.

“FSA menyelar keras kelakuan kumpulan itu sewaktu membuat persembahan di GVF2023 khususnya penyanyi, Matthew Timothy Healy yang menggunakan bahasa kesat, merosakkan peralatan dan berkelakuan tidak beradab.

“Ia bukan sahaja terang-terangan melanggar garis panduan tempatan dan undang-undang Malaysia, malah mencalar reputasi festival berusia 10 tahun itu,” menurut kenyataan.

Tambah penganjur, tindakan kumpulan itu mengakibatkan kerugian besar kepada mereka. Juga memberi kesan kepada artis dan perniagaan kecil tempatan yang bergantung pada festival itu untuk peluang kreatif dan mata pencarian mereka.

 

Foto: The 1975

Pautan berkaitan: MATTY HEALY SINDIR PEMBATALAN GOOD VIBES FESTIVAL 2023