PENGGANTI RUSSELL CROWE UNTUK FILEM ‘GLADIATOR 2’ SUDAH DITEMUI
Bintang yang semakin meningkat naik, Paul Mescal telah terpilih untuk membintangi filem “Gladiator 2” yang dinanti-nantikan. Namanya mungkin belum cukup dikenali di kalangan peminat filem di Malaysia. Tetapi pelakon berbakat ini mempunyai bakat dan paras rupa untuk mencipta fenomena nanti.

Paul Mescal (Photo by Gilbert Flores/Variety via Getty Images)
Paul Mescal yang baharu berusia 26 tahun telah terpilih sebagai pelakon utama. Menurut sumber, Paul telah menewaskan beberapa nama besar seperti Richard Madden, Timothée Chalamet, Miles Teller dan Austin Butler untuk watak tersebut.
Pelakon asal Ireland itu mula mencipta nama selepas membintangi siri, “Normal People” pada 2020. Dia telah menerima beberapa anugerah seperti Pelakon Lelaki Terbaik di British Academy Television Awards untuk siri tersebut. Dia turut membintangi filem “The Lost Daugther” bersama pemenang Oscar, Olivia Colman.

Paul Mescal dan Frankie Corio daripada filem “Aftersun” di 66th BFI London Film Festival 2022 (Photo by David M. Benett/Jed Cullen/Dave Benett/WireImage)
Paul Mescal kini sedang menjadi bualan pengkritik filem antarabangsa selepas membintangi filem “Aftersun”. Namanya telah disenarai pendekkan untuk pencalonan kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk Anugerah Oscars tahun ini.
Menurut sumber, Paul dikatakan akan memegang watak Lucias iaitu anak kepada Lucilla (Connie Nielson) dan juga anak buah kepada Commodus (Joaquin Pheonix) daripada filem “Gladiator” asal.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: MULA BERKENALAN DI TWITTER, PAUL MESCAL UMUM PERTUNANGAN BERSAMA PHOEBE BRIDGERS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERCINTAAN AUSTIN BUTLER & KAIA GERBER TERLERAI SELEPAS TIGA TAHUN
Tahun baru, kekasih baru? Austin Butler dan Kaia Gerber membuat keputusan untuk berpisah beberapa hari sebelum tahun 2024 melabuhkan tirai.
5 FILEM LAKONAN PELAKON LELAKI TERBAIK FFM33, BETO KUSYAIRY
Pelakon Malaysia versatil, Beto Kusyairy memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di FFM33 pada 7 Disember 2024 yang lalu. Pada 7 Disember 2024 yang lalu, Beto Kusyairy telah meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-33. Sebagai seorang pelakon yang versatil, lakonan Beto tidak pernah mengecewakan dalam setiap karya yang dilakonkan olehnya. Sempena…
BAGAIMANA PAUL MESCAL BINA OTOT UNTUK WATAK LUCIUS DALAM GLADIATOR II?
Otot kekar Paul Mescal mencuri perhatian dalam filem sekuel yang dinantikan peminat, Gladiator II.
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA NOVEMBER 2024
Tinggal dua bulan lagi sebelum tahun 2024 berakhir, namun layar perak kekal rancak dengan barisan filem hebat lagi menghiburkan.
SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
KENALI EMAN MANAN ‘OTAI’ MALAYSIA 60-AN YANG KEKAL AKTIF
Pelakon filem Takluk Lahad Datu Eman Manan, 66 terus aktif dalam dunia lakonan, kekal komited selagi ia seiring dengan prinsip kepercayaannya.