PENGHIBUR IKONIK 70-AN, HAIL AMIR MENINGGAL DUNIA
Pelakon dan penyanyi yang mencipta nama sekitar tahun 1970-an, Datuk Hail Amir meninggalkan kita pada usia 76 tahun.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Serahkan Hatiku Padamu itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 6 Mei kira-kira jam 3.48 petang. Ia disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Hail dimasukkan ke HKL beberapa hari lau kerana mengalami masalah batuk berterusan. Khabar duka pemergiannya disahkan sendiri oleh anaknya, Cinta Hailfi.
“Ya, papa meninggal jam 3.48 petang tadi. Papa meninggal sebab jangkitan paru-paru, tapi papa memang sakit jantung dan itu yang melemahkan dia,” kongsinya.

Foto: NST
Bapa kepada empat cahaya mata ini pernah dimasukkan ke hospital pada 2018 selepas mengalami sakit dada dan ditahan di wad akibat masalah jantung.
Datuk Hail Amir Terus Dikenang
Artis yang berasal dari Pulau Pinang ini sememangnya terkenal dengan bakatnya dalam bidang nyanyian dan lakonan. Namanya sohor sebagai pasangan duet kepada penyanyi bermata galak, Uji Rashid.
Pasangan ini popular dengan lagu-lagu yang menjadi halwa telinga peminat muzik sekitar tahun 70-an hingga 90-an. Antaranya Hujan, Antara Matamu dan Mataku, Menunggu Nasi Minyak dan Seloka Hari Raya.
Hail juga terkenal sebagai pelakon versatil. Filem hebat lakonannya termasuk Cinta Dan Lagu, Jiwa Remaja, Anita Dunia Ajaib, Sesejuk Air Mata Ibu dan Menanti Hari Esok.
Allahyarham dikurniakan gelaran kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada 2022 selepas lebih lima dekad bergelar penghibur tanah air.
Pautan berkaitan: JAAFAR ONN MENINGGAL DUNIA PADA 23 RAMADAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SUARA KINI: ALVY JOANNA JUMPA JIWA DALAM IMEJ BAHARU
Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Alvy Joanna, salah seorang daripada empat penyanyi dengan latar belakang yang berbeza.
SUARA BAHARU GL, 5 PENYANYI LELAKI YANG MENINGKAT NAIK
Kenali lima penyanyi lelaki generasi baharu yang sedang mencuri perhatian dan mencipta gelombang tersendiri dalam industri muzik Malaysia.
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
ERRA FAZIRA KINI ISTERI EZWAN ZAIN
Erra Fazira kini selamat bergelar isteri kepada Ezwan Zain. Pasangan ini dinikahkan pada pagi 12 Disember tadi.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
TONTON SEMULA 5 FILEM LAKONAN QUE HAIDAR INI!
Pelakon, penerbit, bapa dan kini content creator, Que Haidar kembali tular di media sosial dengan kehadirannya sekarang.











