Skip to content

PENGHORMATAN MADAME TUSSAUDS BUAT DATUK LEE CHONG WEI

Kongsikan artikel ini

Bekas jaguh serta pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei bakal menerima salah satu pengiktirafan yang tidak pernah disangka dirinya. Madame Tussauds di Hong Kong baru-baru ini mengumumkan Datuk LCW bakal menjadi atlet Malaysia pertama yang diabadikan di muzium patung lilin terkenal dunia tersebut, sekali gus menjadi individu kedua selepas pelakon Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh yang juga diberi pengiktirafan patung lilin yang sama.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Chong Wei menerusi hantaran di laman Instagram baru-baru ini dengan menyebut “Saya tidak pernah membayangkan patung lilin saya sendiri! Terima kasih Madame Tussauds Hong Kong di atas penghormatan ini.”

https://www.instagram.com/p/B7UxDhRJq3Y/

Turut dikongsikan gambar pasukan Madame Tussauds Hong Kong yang membuat ukuran dan perincian badannya, sebahagian daripada proses pembuatan patung lilin agar hasilnya nanti seratus peratus persis ikon negara itu.

Ketua Pemasaran Madame Tussauds Hong Kong, Bobo Yu berkata, beliau berharap patung lilin Chong Wei yang bakal dipamerkan di pusat pameran itu nanti akan menarik lebih ramai peminat sukan dari seluruh dunia. Khabarnya, patung lilin tersebut bakal ditayangkan kepada umum menjelang suku kedua tahun ini. We can’t wait to see the result! 

Foto: Instagram dan Facebook Datuk Lee Chong Wei

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Bacaan Lanjut