Skip to content

SNIKER SUKAN BEBAS RISIKO TERCEDERA

Kongsikan artikel ini

Hadir segar buat pasaran kelengkapan sukan. Jenama Nike memeperkenalkan sniker terbarunya Nike React Infinity Run! Ciptaan sniker ini bertujuan mengurangkan potensi kecedaraan ketika berlari. Sesuai buat anda yang aktif bersenam bagi mengekalkan kecergasan rohani dan jasmani.

Pembuatan Nike React Infinity Run ini merangkumi kualiti dua teknologi terbaik daripada gabungan biomekanik kecekapan serta penggunaan kusyen yang anjal. Di mana ia menawarkan penyelesaian kepada masalah kestabilan lalu terus menaik taraf kemajuan kawalan gerakan tradisional.

Aniker ini juga telah melalui proses kajian yang dilakukan oleh Yayasan Peyelidikan Perubatan Sukan British Columbia (BCSMRF). Sebanyak 226 pelari menyarungkan Nike React Infinity Run juga Nike Structure 22, di dalam kajian ini terlihat pelari yang menggunakan Nike React Infinity Run mempunyai 52 peratus kadar kecedaraan lebih rendah daripada Nike Structure 22. Juga si pemakai mengesahkan bahawa mereka merasa kurang sakit di bahagian lutut dan tapak kaki semasa menghabiskan larian mereka. Ini kerana sniker larian terbaru ini menyediakan tapak platform yang lembut dan responsif serta didatangkan dengan midsole yang melebar.

Kepada ahli Nike anda bertuah kerana berpeluang untuk mendapatkan sniker ini pada 23 Januari 2020, Khamis hadapan. Dan buat pembeli lain, sniker ini akan berada di pasaran secara rasmi pada 30 Januari 2020. Ia akan dijual pada harga RM 649.

By Arie Sampornak
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TREND SNEAKER LELAKI PALING POPULAR 2023

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
piala ryder

PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut
rolex us open

ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON

Bacaan Lanjut