Skip to content

SEMARAKKAN AZAM TAHUN BARU DENGAN PUMA ZONE XT

Kongsikan artikel ini

Buat lelaki di luar sana yang inginkan hadiahkan pasangan sesuatu yang lain dari yang lain, apa kata sekali sekala hadiahkan kasut latihan buat si dia. Jenama sukan antarabangsa PUMA telah melancarkan kasut latihan wanita baru, yang dipanggil Zone XT, direka khas untuk latihan daya tahan dan aktiviti intensiti tinggi. Adriana Lima, duta global PUMA untuk segmen Latihan Wanita, dipilih menjadi wajah kempen ini dan dipaparkan beliau menunjukkan beberapa langkah latihan terbaik dengan kasut tersebut.

Adriana Lima

PUMA Zone XT diilhamkan oleh zon di mana kemajuan berlaku, detik apabila kelajuan jantung meningkat, membolehkan tubuh membakar lemak dengan lebih efisien, juga meningkatkan daya tahan dan meningkatkan kadar metabolisme. Antara faedah utama kasut latihan terbaru ini termasuk: Aspek sokongan, cengkaman sisi dan struktur kusyen untuk keselesaan maksimum – menjadikan Zone XT sesuai untuk semua jenis latihan, terutamanya latihan jarak intensiti tinggi (HIIT).

KELEBIHAN TEKNIKAL ZONE XT:

  • KESELESAAN KUSYEN: HYBRID FOAM menggabungkan dua teknologi inovatif PUMA, iaitu IGNITE FOAM dan NRGY beads, yang menjanjikan keselesaan kepada si pemakai. ​
  • CENGKAMAN: Tapak luaran yang diperbuat dari getah memberikan daya ketahanan maksimum untuk semua jenis latihan.
  • SOKONGAN: Direka untuk memberi sokongan yang penuh untuk keseluruhan sesi latihan.
  • REKA BENTUK: Corak garisan yang diinspirasikan dari garisan kadar denyutan jantung adalah simbolik untuk usaha yang diperlukan untuk kekal mencabar batasan ketika di sesi latihan.

Sesuai dilancarkan pada permulaan tahun baru ini, kasut Zone XT amat sesuai untuk menolong anda mencapai azam tahun baru anda yang berkaitan dengan rejim latihan. Zone XT PUMA boleh dibeli bermula 10 Januari di semua kedai-kedai PUMA, Al-ikhsan, Life Habitat Sunway Carnival, RSH dan juga puma.com pada harga RM429.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut