Skip to content

MCM LUNAR NEW YEAR

Kongsikan artikel ini

LABEL FESYEN MCM TAK TERKECUALI MERAI KECEMERLANGAN TAHUN LUNAR DENGAN SERANGKAIAN AKSESORI BARU. INTIP REKAAN YANG MANA MUNGKIN WAJAR DIMILIKI. 

Akhir Januari 2020, Tahun Lunar bakal menjelma dan sejajar dengan keriangan perayaan itu, MCM menawarkan himpunan kapsul sempena Tahun Baru. Sambutan tahun ini menjunjung tahun tikus yakni tahun yang melambangkan kesejahteraan, optimis dan kecitaan tinggi.

 

MCM mengambil langkah baru dalam tahun 2020 dengan merayakan karakter tikus sebagai motif kreatif pada beberapa bahagian rekaan. Yang nyata, ia menghiasi himpunan beg, termasuklah beg sandang, beg tote, beg kamera, pouch, beg grooming, dan topi. Menyuntik aksesori yang lebih berkarakter dan lucu.

Beg-beg dihadirkan dalam reka bentuk  dan kecirian yang praktikal serta multifungsi, memudahkan membawanya sewaktu kembara balik kampung. Helaian yang terkandung seperti T-shirt, jaket dan sweater ditampilkan dalam warna merah menjerit yang cukup bold apabila digayakan.

Siluet helaian memfokuskan kepada potongan atletik. Tidak sama sekali membataskan gaya atau suai padan yang ingin ditonjolkan. Motif-motif geometri yang ditampilkan secara rawak mengutip inspirasi daripada Chinese logic puzzle yang merupakan permainan tradisional orang Cina sekitar era 1800-an.

 

Idea ini terbit dengan menyasarkan peminat-peminat MCM yang majoritinya gemar memakai sesuatu yang selesa, ringkas, namun pada masa yang sama, aspek fesyen tidak diketepikan. Sempena dengan koleksi ini juga, MCM memunculkan satu kempen fesyen yang berlatarkan unsur-unsur budaya Cina. Yakni model-model Asia dan titipan warna merah sebagai kemegahan konsep yang ingin diperkenalkan.

Mengupas budaya selebriti dan trend gaya hidup masa kini

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 MOMEN FESYEN LELAKI DALAM SEJARAH MET GALA

10 MOMEN FESYEN LELAKI DALAM SEJARAH MET GALA

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA

Bacaan Lanjut
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL

Bacaan Lanjut