PERCINTAAN AUSTIN BUTLER & KAIA GERBER TERLERAI SELEPAS TIGA TAHUN
Tahun baru, kekasih baru? Austin Butler dan Kaia Gerber menjadi pasangan Hollywood terakhir yang memutuskan untuk berpisah sebelum tahun 2024 melabuhkan tirai.
Menurut laporan TMZ, pasangan itu bersetuju untuk membawa haluan masing-masing beberapa hari sebelum memasuki tahun 2025. Keputusan untuk mengakhiri hubungan tiga tahun itu dibuat bersama dan tiada dendam wujud antara mereka.
Austin dan Kaia mula dikaitkan bersama pada Disember 2021, sebulan selepas model itu berpisah dengan Jacob Elordi. Perhubungan mereka direstui rakan-rakan Kaia yang gembira melihatnya bahagia. Malah mereka mengakui aktor berusia 33 tahun itu sangat tampan.
Sejak itu Austin dan Kaia sering dilihat meluangkan masa bersama di Los Angeles. Bagaimanapun mereka hanya membuat kemunculan awam pertama sebagai pasangan kekasih pada Mac 2022.

Foto: Getty Images
Austin Butler & Kaia Gerber Mementingkan Privasi
Walaupun pasangan itu kerap dilihat menyokong kerjaya satu sama lain, mereka jarang berkongsi perihal perhubungan kepada media.
Apabila ditanya tentang percintaannya sewaktu temu bual bersama GQ pada Mei 2022, Austin menolak untuk menjawab soalan itu dengan sopan. “Rasanya tiada apa yang ingin saya kongsi mengenainya. Namun terima kasih kerana bertanya,” ujarnya.
Samalah juga dengan Kaia yang mengelak daripada bercakap tentang aktor Bikeriders itu ketika sesi wawancara bersama majalah WSJ pada Februari 2024.

Foto: GC Images
Bagaimanapun khabar angin perpisahan mereka mula bertiup kencang pada Oktober 2024 selepas peminat menyedari mereka tidak muncul di khalayak ramai sejak hari ulang tahun kelahiran Austin pada bulan Ogos.
Akaun gosip DeuxMoi ‘menyimbah minyak ke dalam api’ apabila mendakwa Kaia dan bintang Saturday Night Live, Marcello Hernandez bermesraan di sebuah parti. Gosip itu terpadam selepas Austin dan Kaia keluar menikmati makan malam bersama di New York City beberapa hari kemudian.
Selepas menjamu selera, pasangan itu dilihat pergi ke Radio City Music Hall untuk menikmati konsert Gracie Abrams. Itulah kali terakhir kedua-duanya dilihat bersama.
Foto: US Weekly
Pautan berkaitan: ANDREW GARFIELD AKHIRNYA BERPISAH DENGAN KEKASIH KONTROVERSI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEINTIMAN PEDRO PASCAL & JENNIFER ANISTON MENGUJAKAN PEMINAT
Spekulasi percintaan antara Pedro Pascal dan Jennifer Aniston bertebaran. Adakah dunia bakal menyaksikan sepasang lagi ‘power couple Hollywood’ dilahirkan?
FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN
Aktor Top Gun dan aktres Blonde itu dirakam bersama pada Jumaat lalu selepas tiba di London Heliport menaiki helikopter.
JUSTIN THEROUX AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN NICOLE BRYDON BLOOM
Hampir sepuluh tahun menjalani kehidupan tanpa kehadiran isteri di sisi, Justin Theroux akhirnya kembali bergelar suami.
GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER
Supermodel Gigi Hadid akhirnya terbuka hati untuk berkongsi perihal percintaannya kepada dunia.
KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK
Pasangan selebriti terkenal, Nicole Kidman dan Keith Urban berdepan ujian selepas rumah agam mereka di Beverly Hills, California diceroboh perompak.
TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?
Industri hiburan dikejutkan dengan spekulasi percintaan tidak dijangka selepas Tom Cruise dan Ana de Armas dirakam meluangkan masa bersama di London.