Skip to content

PERCINTAAN CHANNING TATUM & ZOE KRAVITZ PUTUS DI TENGAH JALAN

PERCINTAAN CHANNING TATUM & ZOE KRAVITZ PUTUS DI TENGAH JALAN

Kongsikan artikel ini

Selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta dan setahun mengikat tali pertunangan, Channing Tatum dan Zoe Kravitz akhirnya membuat keputusan membawa haluan masing-masing.

Minggu lalu Zoe dilihat meluangkan masa bersama aktres Shailene Woodley di New York City tanpa cincin pertunangan di jari manisnya. Setakat ini punca perpisahan pasangan itu tidak diketahui.

Channing dan bintang The Batman itu dikaitkan buat kali pertama pada musim panas 2021 setelah beberapa kali dirakam bersama di New York City. Mereka bertemu di set penggambaran filem sulung arahan Zoe, Blink Twice yang turut dibintangi Channing.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Oktober 2023. Zoe sempat menayang cincin berlian tujuh karat miliknya sewaktu menyambut Halloween pada tahun lalu.

Perhubungan pasangan in diilihat erat pada musim panas kala lawatan akhbar dan tayangan perdana Blink Twice di Los Angeles pada bulan Ogos. Zoe turut memuji kekasih hatinya dalam satu surat yang dibacanya di tayangan filem itu.

Zoe Kravitz Channing Tatum

Foto: Getty Images

“Daripada menerbit, berlakon, memberi semangat sehinggalah mengurut kepala dan kaki saya ketika saya menangis di lantai bilik air kerana menyangka saya tersilap langkah, terima kasih kerana bertahan dengan sikap suka mengawal dan OCD saya. Terima kasih atas kesabaran kamu.

“Menghasilkan filem ini bersama kamu adalah satu pengembaraan yang sangat hebat. Terima kasih kerana mempercayai saya untuk ‘mengarahkan’ kamu. Seronok dapat menghasilkan filem, tetapi lebih menyeronokkan bila dapat melakukannya dengan orang yang dicintai,” katanya.

Channing Tatum & Zoe Kravitz Saling Menghargai

Pasangan ini sememangnya terkenal kerana gemar meluahkan rasa kagum terhadap satu sama. Sebulan selepas Zoe membacakan surat terbukanya, Channing berkongsi foto di Instagram yang memperlihatkan teman wanitanya berbaring di atas pangkuannya. Di ruangan kapsyen, dia memuji dedikasi yang diberikan aktres itu pada filem Blink Twice.

“Gadis manis ini, dia sebenarnya sangat letih. Setiap kali saya menyangka dia akan berputus asa, ketika itulah dia akan terus mara dan mara. Dia sentiasa mencari kebenaran. Dia mencurahkan segala jiwa raganya untuk filem ini. Saya sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengannya, dengan filem ini dan dengan semua yang terlibat. Selamanya.

“Terima kasih kerana mencari dan melihat saya. Saya mencintai kamu selamanya. Kita akan berdepan segalanya bersama-sama. Saya tidak akan berputus asa,” tulisnya. Bagaimanapun janji-janji Channing nampaknya tidak ditunaikan.

Channing Tatum zoe kravits berpisah

Foto: Instagram

Aktor Fly Me To The Moon itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Jenna Dewan dari tahun 2009 hingga 2019. Mereka sah bercerai pada bulan lalu setelah enam tahun membawa haluan masing-masing.

Zoe pula pernah bergelar isteri kepada bintang Watcher, Karl Glusman. Perkahwinan mereka hanya bertahan kurang dua tahun dan mereka sah bercerai pada 2021.

 

Foto: US Weekly

Pautan berkaitan: CHANNING TATUM DAN ZOE KRAVITZ SAH BERTUNANG

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

Bacaan Lanjut
JOSEPH QUINN & DOJA CAT HANGAT DILAMUN CINTA?

JOSEPH QUINN & DOJA CAT HANGAT DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA

BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

Bacaan Lanjut
SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?

SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIH WANITA BERUSIA SEBAGAI ISTERI

5 SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIH WANITA BERUSIA SEBAGAI ISTERI

Bacaan Lanjut