PERCINTAAN HARRY STYLES & TAYLOR RUSSELL PUTUS DI TENGAH JALAN
Baru setahun bergelar pasangan kekasih, Harry Styles dan Taylor Russell dilaporkan telah pun membawa haluan masing-masing.
Pasangan ini dilaporkan berpisah selepas pulang dari percutian di Jepun pada bulan April. Kali terakhir kelibat mereka dirakam bersama adalah ketika menaiki kereta api bawah tanah di Tokyo.
Bagaimapun pada awal Mei lalu, Taylor menghadiri acara Met Gala 2024 di New York seorang diri tanpa kehadiran penyanyi itu.
“Harry dan Taylor sudah putus. Mereka melalui saat sukar selepas pulang dari Jepun dan membuat keputusan untuk berpisah.
“Harry berada di Amerika manakala Taylor pula di London. Mereka pasangan serasi dan jelas Taylor membuatkan Harry gembira. Kedua-duanya sudah pun mengambil masa untuk menilai kembali perhubungan mereka, namun nampaknya tidak berjaya,” jeas sumber terdekat.

Foto: Page Six
Garis Masa Perhubungan Harry Styles & Taylor Russell
Pasangan ini mencetus spekulasi percintaan setelah peminat melihat mereka berpegangan tangan sewaktu keluar dari sebuah muzium di London pada Jun 2023.
Sebulan kemudian Taylor dirakam menghadiri konsert Harry, Love On Tour di Vienna, Austria dan dibawa duduk di ruangan VIP. Pasangan itu sekali lagi dilihat berpegangan tangan keesokan harinya kala meluangkan masa bersama di bandar.
Pasangan merpati dua sejoli itu mengesahkan percintaan mereka dengan menghadiri majlis perasmian teaterThe Effect bersama. Pementasan yang turut dibintangi Taylor itu berlangsung di Teater Kebangsaan London pada Oktober lalu.

Foto: Spiel Times
Pada Februari 2024, mereka dirakam meluangkan masa bersama di London buat kali terakhir.
Sebelum Taylor, Harry pernah menjalin hubungan dengan Taylor Swift, Kendall Jenner dan Olivia Wilde. Aktres, penari dan sutradara itu pula dilaporkan pernah bergelar teman wanita kepada Timothee Chalamet.
Foto: US Weekly
Pautan berkaitan: SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.
TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA
Selepas menghadiri Golden Globes 2025, Timothee Chalamet dan Kylie Jenner sekali lagi membuat kemunculan bersama di tempat awam.
DILAMAR BENNY BLANCO, SELENA GOMEZ AKHIRNYA TEMUI KEBAHAGIAAN
Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, Selena Gomez melangkah ke fasa baru dalam hidup apabila dilamar teman lelakinya yang juga penerbit muzik terkenal.
BAKAL BERGELAR BAPA, ZACHARY LEVI TERUJA IMPIANNYA MENJADI NYATA
Kehidupan aktor Shazam!, Zachary Levi bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.
TIRU STAIL! GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN
Kini, semakin ramai lelaki yang menggayakan tas tangan sebagai sebahagian daripada gaya fesyen mereka walaupun dalam kehidupan harian.
FOTO WAJAH PUTERI KELIMA FIZZ FAIRUZ MENCURI PERHATIAN
Selepas dua bulan dilahirkan ke dunia, Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia akhirnya berkongsi wajah dan nama anak kelima mereka bersama peminat.