Skip to content

PERDANA MENTERI KANADA & RAKAN SELEBRITI BERDUKA ATAS PEMERGIAN MATTHEW PERRY

PERDANA MENTERI KANADA & RAKAN SELEBRITI BERDUKA ATAS PEMERGIAN MATTHEW PERRY

Kongsikan artikel ini

Aktor tersohor yang dikenali menerusi siri popular 90-an Friends, Matthew Perry menghembuskan nafas terakhir pada 28 Oktober 2023.

Matthew Perry yang berjaya memikat hati penonton menerusi watak Chandler Bing meninggal dunia di kediamannya di Pacific Palisades, Los Angeles akibat lemas. Dia sudah pun tidak bernyawa sewaktu ditemui dalam jakuzi miliknya.

Tiada bahan terlarang ditemui atau sebarang perkara mencurigakan berlaku di tempat kejadian. Jurucakap polis Los Angeles berkata mereka menerima panggilan telefon mengenai kematian seorang lelaki berusia 50-an namun identiti mangsa tidak didedahkan.

Foto terakhir Matthew Perry di Instagram

“Polis mengesahkan kematian Perry tiada kaitan dengan unsur jenayah. Panggilan dibuat mengatakan penghuni rumah itu mengalami serangan jantung.”

Matthew Perry Akan Terus Diingati

Berita pemergian aktor berusia 54 tahun ini mengejutkan seluruh dunia terutama rakan selebriti. Maggie Wheeler yang melakonkan watak teman wanitanya, Janice Hosenstein pada musim awal Friends memberi penghormatan terakhir kepadanya di Instagram.

“Satu kehilangan yang sangat besar. Seluruh dunia akan merindui kamu. Kegembiraan yang kamu sebarkan kepada orang ramai akan terus kekal sampai bila-bila. Saya menghargai setiap detik yang kita kongsi bersama.”

Matthew Perry

Foto: Instagram

Morgan Fairchild yang menggalas peranan ibu Chandler Bing dalam sitkom itu menulis di Twitter, “Saya berduka dengan pemergian ‘anak lelaki’ saya. Kehilangan aktor berbakat besar ini pada usia muda amat mengejutkan.”

Aktres Legally Blonde, Selma Blair menyifatkan pelakon itu sebagai ‘teman lelakinya yang paling lama’. “Kita semua menyayangi Matthew Perry, terutamanya saya. Setiap hari. Saya menyayanginya tanpa syarat. Saya amat sedih. Hati saya remuk. Mimpi yang indah-indah Matty.”

Matthew Perry

Foto: Instagram

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau turut memberi penghormatan kepada pelakon itu yang merupakan rakan sekolah rendahnya.

“Pemergian Matthew Perry amat mengejutkan dan menyedihkan. Saya tidak akan lupa memori kita bermain di padang sekolah, dan saya tahu peminat seluruh dunia tidak akan lupa kegembiraan yang kamu beri kepada mereka. Terima kasih atas segala gelak tawa, Matthew. Anda disayangi semua dan akan sentiasa dirindui.”

Matthew Perry mencuri perhatian dunia setelah muncul dalam sitkom Friends di samping Jennifer Aniston, David Schwimmer, Courteney Cox, Matt LeBlanc dan Lisa Kudrow. Rancangan itu disiarkan selama 10 musim dari 1994 hingga 2004.

Friends

Pada 2022, dia menerbitkan memoir Friends, Lovers, and the Big Terrible Thing yang mendedahkan masalah ketagihan alkohol dan anxiety yang dialaminya sepanjang penggambaran siri itu.

Dia turut memperincikan pergelutannya dengan dadah termasuk pengalaman koma dua minggu selepas usus besarnya pecah akibat penggunaan opioid secara berlebihan pada 2018.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: USUS PECAH & KOMA DUA MINGGU, MATTHEW PERRY HAMPIR MAUT AKIBAT OPIOID

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM & DRAMA TERBAIK MATTHEW PERRY SELAIN FRIENDS

5 FILEM & DRAMA TERBAIK MATTHEW PERRY SELAIN FRIENDS

Bacaan Lanjut
2 PUNCA PERCERAIAN PM KANADA, JUSTIN TRUDEAU YANG MENJADI SPEKULASI DI MEDIA SOSIAL

2 PUNCA PERCERAIAN PM KANADA, JUSTIN TRUDEAU YANG MENJADI SPEKULASI DI MEDIA SOSIAL

Bacaan Lanjut
PERDANA MENTERI KANADA & RAKAN SELEBRITI BERDUKA ATAS PEMERGIAN MATTHEW PERRY

USUS PECAH & KOMA DUA MINGGU, MATTHEW PERRY HAMPIR MAUT AKIBAT OPIOID

Bacaan Lanjut
BINTANG RIVERDALE, RYAN GRANTHAM JADI PENGHUNI TIRAI BESI SEUMUR HIDUP

BINTANG RIVERDALE, RYAN GRANTHAM JADI PENGHUNI TIRAI BESI SEUMUR HIDUP

Bacaan Lanjut
MATTHEW PERRY DEDAH PENGALAMAN BERGELUT DENGAN ANXIETY KETIKA FRIENDS: THE REUNION

MATTHEW PERRY DEDAH PENGALAMAN BERDEPAN ANXIETY KETIKA FRIENDS: THE REUNION

Bacaan Lanjut

JUSTIN TRUDEAU SERU PENGLIBATAN LELAKI SEMPENA IWD

Bacaan Lanjut