JUSTIN TRUDEAU SERU PENGLIBATAN LELAKI SEMPENA IWD
Perdana menteri kacak dari Kanada, Justin Trudeau terus ‘mengejutkan’ dunia dengan inisiatifnya yang menyeru lebih banyak penglibatan dari kaum lelaki bersempena Hari Wanita Sedunia yang diraikan selasa lepas. Selaku Perdana Menteri ke-23 Kanada yang juga seorang feminist, Justin Trudeau telah berkongsi sebuah video di akaun Twitter rasminya bersempena International Women’s Day.
On #IWD2017, we celebrate the remarkable achievements women have made, & reaffirm our commitment to gender equality: https://t.co/ElKIQYJ7uK pic.twitter.com/ONRYXQu8G6
— Justin Trudeau (@JustinTrudeau) March 8, 2017
Dalam video tersebut Justin Trudeau mengingatkan kepada mereka yang sedang menyaksikan video tersebut agar bangkit menewaskan diskriminasi dan ketidakadilan yang dihadapi oleh golongan wanita.
“Pesanan saya kepada golongan lelaki adalah hak wanita adalah hak bagi semua orang. Kita tahu bahawa masyarakat adalah lebih baik — lebih makmur, lebih stabil, lebih aman, lebih bersatu — apabila hak wanita dihormati, dan apabila wanita dihargai, berkuasa dan diberi peluang untuk menjadi peneraju dalam komuniti kita,” seru PM Trudeau.
PM Trudeau juga turut menyatakan bahawa beliau dan isteri, Sophie Grégoire, telah mendidik ketiga-tiga anak mereka untuk percaya yang dunia yang mengamalkan keamarataan adalah dunia yang lebih baik dan berkuasa. Sebelum ini PM Trudeau telah menarik perhatian feminist sedunia semasa beliau melantik wanita untuk 50% daripada kabinet beliau dan sebab beliau: “because it’s 2015.”
Jadi, buat semua lelaki di luar sana, beranikan anda menyahut cabaran dan seruan Justin?
Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.













