RUZANA IBRAHIM, TAFSIRAN BEAUTY WITH BRAINS AND TALENT
Daripada menyanyi kepada berlakon dan kemudiannya ligat di atas pentas muzikal. “Saya sangat suka beraksi di atas pentas … kepuasannya lain!” kata Ruzana. Ruzana gagahi dirinya untuk mencuba berlakon di atas pentas muzikal ketika dia mula ditawarkan berlakon di bawah produksi Datin Sri Tiara Jacquelina, yakni Puteri Gunung Ledang yang pertama. Dari situ, dia gigih mengeksplorasi bidang nyanyian dan lakonan dengan lebih mendalam, lalu menjadi semakin aktif. Ruzana beruntung kerana dia berhadapan dengan tiga bidang tersebut, membuka mata dan hatinya untuk bagaimana rasanya menyanyi, berada di atas pentas dan on screen. Ruzana orangnya tahu apa yang dia cakapkan dan mesra. Kadangkadang dia kelakar juga, membuatkan saya selesa berbual dengannya. Seronok juga bila sudah berbual dengan Ruzana, kerana banyak yang saya pelajari daripadanya. Mendekatkan diri saya dengan insan yang memperjuangkan bidang seni tanah air.
Sebagai penyanyi dan pelakon, bagaimana kamu mahu tafsirkan diri kamu dalam dunia lakonan dengan menyanyi? Berlakon (sama ada atas pentas atau di skrin) adalah satu eskapisme. Berlakon melibatkan saya bermain dengan emosi dan rasa, lebih eksperimen diri dan berkarakter. Menyanyi pula sesuatu yang sudah ada dalam jiwa diri. It is something that comes naturally. Ia adalah medium saya untuk mengekspresikan diri dan ruang untuk ketenangan saya. Kamu akan lihat dua watak Ruzana yang berbeza bila Ruzana berlakon dan bila dia menyanyi.
Apakah tentang bidang pementasan yang kamu sangat-sangat suka? Kerana bidang pementasan melibatkan sesi latihan yang mengambil masa. Jadi, bila hari persembahan yang sebenar, sebaik saja saya mampu memberikan persembahan terbaik kepada audiens, ia membangkitkan satu adrenalin yang sukar untuk digambarkan.
Tetapi bagaimana kamu boleh terjun ke liga televisyen atau skrin? Kerana saya banyak mengenali orang-orang produksi televisyen dan filem, lalu ada yang memberikan tawaran kepada saya untuk mencuba berlakon ke layar komersial. Saya fikir … why not. Jadi, saya muncul dalam drama siri Tari Tirana.
What are you working on right now? Saya bakal muncul dalam filem baru berkisarkan pahlawan Iban. Judulnya Kanang Anak Langkau. Saya memeran watak antagonis, ketua kepada rejim komunis. Selain itu, kamu akan lihat saya dalam drama siri televisyen yang dihasilkan oleh produksi Melissa Saila.
Projek akan datang selain filem dan drama televisyen? Oh! Barubaru ini, saya juga selesai mengendalikan projek amal yakni menghasilkan filem pendek tentang domestic rights untuk United Nations yang akan ke udara di Switzerland, juga negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Apa yang kamu belum puas lagi dan mahu mencapainya satu hari kelak? Saya mengimpikan untuk pergi melebarkan sayap saya ke persada antarabangsa. Contohnya, mahu berlakon untuk filemfilem antarabangsa, mana tahu?
Baik, kita ubah 180 darjah topik kita. Tentang lelaki pula. Jelaskan pengertian kamu tentang lelaki. They are like roses. Watch out for the pricks.
Pernah tak didekati oleh lelaki yang menjengkelkan? Dan apa cara kamu mengelaknya? Pernah! Agak rawak juga situasi itu. Tetapi saya selalunya akan abaikan saja. Hmm, terpulang dengan annoyance level si lelaki itu juga. Jika dia sangatsangat menjengkelkan, saya abaikan. Jika dia masih lagi baik dan berbudi bahasa, saya akan cakap elok-elok dengan dia.
Teks, Penyelaras & Penata Gaya : Ardi Idewani Zaini
Gambar : Raisa Nor Azzam
Solekan : Emmy Agung
Pakaian : Khoon Hooi Musim Bunga/Panas 2016
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SHARIFAH AREEQA: THE GIRL WITH THE HAIR
Menjadi inspirasi buat gadis-gadis di media sosial untuk menghargai natural curl, Sharifah Areeqa rajin berkongsi tips kecantikkan rambutnya.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.
LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU
Taylor Zakhar Perez tampil bergaya di hadapan lensa dengan hanya mengenakan Lacoste minimalist boxer briefs. Oh...hangat!