Pereka menswear Malaysia: JOSHUA FITTON
April 29, 2016
DARIPADA GAYA SARTORIAL KLASIK KE STAIL YANG LEBIH EDGY, BEKAS ARKITEK JOSHUA FITTON MEMPERTARUHKAN NILAI ESTETIKNYA MENERUSI BARISAN LABEL YANG TERSENDIRI.

JOSHUA FITTON (kanan), pengasas label
Tempatan, Tempatan Black & Atelier Fitton, bersama pelakon Aeril Zafrel yang memakai double-breasted suit jacket dari Atelier Fitton.
Joshua Fitton dilahirkan dan membesar sehingga empat tahun di England. Selepas itu, dia mengikut keluarganya berpindah ke Melaka. “Saya membesar dalam suasana kampung. Tempat tinggal di Melaka dipenuhi kehijauan alam semula jadi dan dibesarkan dengan cara tipikal budak kampung. Dan ternyata pengalaman membesar dalam suasana begitu adalah antara sebahagian daripada kehidupan yang amat saya hargai. Disebabkan telah terbiasa dengan suasana kampung dan dijamu keindahan alam semula jadi, ia secara tak langsung membentuk minat saya yakni terarah tradisional dan budaya.”
Di awal penglibatannya dalam bidang fesyen, Joshua melancarkan koleksi T-shirt yang dinamakan Tempatan. Tanpa dijangka, secara singkat Tempatan mendapat tempat di hati ramai pengikut fesyen lokal khususnya golongan muda. “Disebabkan obsesi ingin belajar pelbagai perkara baru, maka lahirlah Tempatan. Saya tidak mempunyai pengetahuan formal tentang fesyen. Tetapi, saya cuba belajar tentang fesyen melalui pembacaan, banyak bertanya dan kajian sendiri. Kemudiannya, saya cuba belajar selok belok tentang percetakan baju termasuklah jenis warna yang digunakan, ratio, material dan sebagainya.”
Tatkala itu, sedang giat mengembangkan Tempatan, Joshua mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjayanya sebagai arkitek. Padanya, bidang arkitek tidak memberikannya kebebasan berkarya. “Setelah beberapa tahun bergelar arkitek, saya mula jadi bosan. I feel like I’m doing the same thing. Apa yang saya belajar semasa universiti, tak dipraktikkan langsung. Tambahan pula, saya tidak berpeluang membina bangunan ingin saya bina. Oleh itu, saya perlukan saluran kreatif untuk mengembangkan pengetahuan serta tempat saya berkarya tanpa limitiasi. Dan fesyen adalah saluran terbaik.”
Selepas mengembangkan rangkaian Tempatan dan kemudiannya Tempatan Black yang lebih edgy, Joshua melancarkan cabang baru yakni Atelier Fitton. “Setelah sekian lama menumpukan perhatian kepada rekaan berinspirasikan budaya Malaysia, saya memperkenalkan Atelier Fitton pula. Sudah tiba masanya, saya memfokuskan seni jahitan Inggeris. Kerana sebahagian daripada saya berasal daripada England. It’s a part of my heritage. Sebelum ini, saya kurang fokus pada sisi tersebut. Dan sekarang saya mahu mendalami the Bespoke line. Atelier Fitton menawarkan perkhidmatan bespoke, di mana rekaan sut lebih personal serta menurut kehendak peribadi setiap kehendak pelanggan.”
Bercerita tentang Atelier Fitton, Joshua menggambarkan lelaki yang menyarung Atelier Fitton sebagai lelaki ‘on the go’. “It’s about a man constantly on the go. Dan pada masa sama, ingin tampil sharp. Lelaki Atelier Fitton juga adalah lelaki bersedia menghadapi apa jua bentuk cabaran dan eager to do things.”
Pada pandangan Joshua, Atelier Fitton turut mempunyai persaingan dengan jenama lain, terutamanya jenama high street luar negara. Koleksi mudah didapati, harga berpatutan dan menawarkan seleksi stail. Secara tak langsung, memberi cabaran baginya untuk membina empayar fesyen di Malaysia.
Kongsi Joshua lagi, dia teringin sekali melihat Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarung sut rekaan Atelier Fitton. Dan sudah tentu beliau akan kelihatan lebih stylish selaras dengan posisinya sebagai individu paling berpengaruh di Malaysia. Buat 2016, Joshua berkongsi dia sedang giat mencari idea dan mahu menyiapkan koleksi Atelier Fitton seterusnya. Harapannya di masa akan datang agar label Atelier Fitton akan diperluaskan dan orang ramai akan lebih tahu akan keberadaan Atelier Fitton.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOP 7: MODEL BARU LELAKI DI SEBALIK RUNWAY PALING HANGAT
Peragaan fesyen lelaki tahun 2025 telah mengubah stigma masyarakat. Ini senarai model baru lelaki tahun 2025 di pentas fesyen global.
KLFW 2025 BAKAL HADIR PADA BULAN OGOS INI!
KLFW 2025 hadir dengan penuh penantian. Penghargaan buat pereka-pereka lagenda serta pentas permulaan buat pereka baharu dunia fesyen.
PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Personaliti fesyen dalam kalangan lelaki semakin meningkat terumatanya dengan peningkatan penggemar fesyen dalam kalangan lelaki muda kini.
SELEBRITI LELAKI BERBADAN CANTIK: INSPIRASI ‘MODERN MASCULINITY’ DARI AEDY ASHRAF, IKMAL AMRY DAN RAMAI LAGI.
Inspirasi ‘modern masculinity’ dari lapan selebriti lelaki Malaysia. Penampilan fizikal dek ketekunan mereka nyata mencetus inspirasi.
KOLABORASI HANGAT & BEREVOLUSI MUSIM INI, LEVI’S® DAN NIKE. MULA TERJUAL 10 JULAI INI!
Levi's® dan Nike, bekerjasama melancarkan koleksi yang paling dinanti-nantikan. Musim ini, kedua-dua jenama menggabungkan warisan denim yang kaya daripada Levi's® bersama rekaan ikonik Air Max 95 Nike.
KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI
Masalah kulit berjerawat dan sensitif bukan hanya dialami oleh wanita, malah lelaki juga Ketahui tips atasi kulit berjerawat dan sensitif.