PERKAHWINAN IKONIK CHARLI XCX DAN GEORGE DANIEL
Ikon Gen Z, Charli XCX yang terkenal dengan album Brat yang ikonik, kini menjadi isteri kepada drummer kumpulan The 1975, George Daniel.
Charlie XCX dan Georga Daniel dikatakan melangsungkan perkahwinan pada 19 Julai 2025 yang lalu. Dengan majlis kecil-kecilan dan dikatakan hanya mempunyai 20 orang tetamu, pasangan ini mengesahkan perkahwinan mereka di media sosial.
@charlixcxluckily he did xx♬ original sound – will bottone
Charli turut berkongsi momen-momen eksklusif ketika perkahwinannya di TikTok. Penyanyi itu kelihatan anggun mengenakan gaun putih off-shoulder dari Vivienne Westwood. Rambutnya dibiarkan lepas, dan dia memegang sejambak bunga putih serta memakai layah putih yang disematkan pada rambutnya. Cukup ikonik untuk ikon ini! Salah satu video TikToknya berkapsyen “When George isn’t crying when he sees me walking down the aisle.” “Luckily he did xx.” Pasangan ini mengadakan perkahwinan mereka secara intim di Hackney Town Hall, London bersama keluarga dan rakan rapat.
@charlixcxbridal party energy!♬ som original – DM Songs
Titik Pengenalan Charli Dan George
Charli dan George mengesahkan pertunangan mereka pada November 2023 dengan posting Charli di Instagram. Mereka pertama kali berkenalan ketika kolaborasi lagu Spinning dan No Rome bersama The 1975 pada tahun 2019. Daniel turut terlibat dalam album sensasi Brat Charlie, termasuk lagu-lagu Apple dan Club Classics. Karier Charli dalam dunia muzik sangat hebat. Mula dengan kemunculan sulungnya pada tahun 2008, Charli meraih Anugerah Grammy pertamanya pada tahun 2025 dengan album musim panas terhangat, Brat. Di Brit Awards, Charli meraih 5 anugerah, Songwriter of The Year, Album of The Year, Artist of The Year, Dance Act, dan Song of The Year untuk lagunya, Guess bersama Billie Eilish.
Selain daripada muzik, namanya turut dikenali ramai dalam dunia fesyen dan kecantikkan. Stailnya yang unik dan versatil menjadikannya salah seorang penyanyi pop yang menjadi pilihan pencinta fesyen. Charli merupakan duta jenama Valentino Beauty dan pernah bekerjasama dengan jenama-jenama fesyen seperti Coach, H&M serta Acne Studio. Walaupun digelar sebagai ikon Gen Z, Charli sebenarnya bukanlah Gen Z. Dia hanya cukup ikonik untuk dijadikan ikon Gen Z. Kariernya yang panjang kini menjadi semakin besar dengan kejayaan album Brat dan kolaborasi-kolaborasinya bersama artis-artis yang lain.
Pautan Berkaitan: KATSEYE, KUMPULAN WANITA GLOBAL TERHANGAT MASA KINI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GOOD VIBES FESTIVAL 2023: MENGAPA THE 1975 DIDAPATI TIDAK BERSALAH?
Good Vibes Festival 2023 yang sepatutnya berlangsung meriah dibatalkan serta-merta selepas The 1975 mencetuskan kontroversi di atas pentas.
GOOD VIBES FESTIVAL 2024 DIBATALKAN
Acara muzik ditunggu-tunggu, Good Vibes Festival terus mencipta kejutan apabila dibatalkan sekali lagi pada tahun ini.
KONTROVERSI GOOD VIBES FESTIVAL: THE 1975 DITUNTUT BAYAR GANTI RUGI ATAU BERDEPAN PADAH
Dua minggu selepas tercetusnya kontroversi jelik di Good Vibes Festival 2023, penganjur Future Sound Asia mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan The 1975.
DI SEBALIK PEMBATALAN KONSERT LAUV: THE BETWEEN ALBUM TOUR DI KLCC
Selepas insiden Good Vibes Festival, peminat muzik sekali lagi berdepan kekecewaan apabila konsert Lauv pula dibatalkan.
PEMINAT TERUJA LIHAT MUSE BAWA KELUARGA BERCUTI DI LANGKAWI
Peminat muzik tanah air teruja menyambut kedatangan kumpulan Muse beberapa hari selepas insiden hitam yang dicetuskan The 1975.
MATTY HEALY SINDIR PEMBATALAN GOOD VIBES FESTIVAL 2023
Vokalis The 1975, Matty Healy luah rasa tidak puas hati selepas digam daripada membuat persembahan di negara ini.