PERKEMBANGAN TERKINI ADI PUTRA SELEPAS DIUJI DENGAN MASALAH KESIHATAN
Umum mengetahui aktor kelahiran Singapura, Datuk Adi Putra mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan batu karang pada akhir Disember lalu.
Kini selepas sebulan, pelakon Mat Kilau itu mendedahkan dia masih dalam proses pemulihan dan bergantung pada ubat-ubatan. Doktor memaklumkan jangkitan tersebut memerlukan tempoh beberapa bulan untuk sembuh sepenuhnya.
“Seperti dijangka, kuman pada paru-paru mengambil masa sebulan atau lebih untuk sembuh. Sekarang pun saya masih mengambil ubat atas nasihat doktor,” ujarnya.
“Bergantung kepada ubat pun salah satu usaha tetapi selebihnya saya bertawakal kepada Allah. Saya memohon doa agar urusan saya dipermudahkan kerana semuanya datang daripada-Nya,” katanya.
Bagi memastikan proses penyembuhan berjalan lancar, Adi berkata dia mendapatkan rehat secukupnya dan menjaga kebersihan diri.
Datuk Adi Putra Enggan Kecewakan Peminat
Dedikasi pelakon berusia 44 tahun ini terhadap kerjaya lakonannya tidak boleh disangkal. Selepas dibenarkan keluar dari hospital, Adi terus ke lokasi penggambaran untuk menjalankan tanggungjawabnya.
Jelasnya, dia tidak mahu menghampakan peminat dengan alasan masalah kesihatan. Dia nekad untuk bekerja seperti biasa kerana tidak gemar menunda tugas yang diamanahkan kepadanya.
“Sepanjang 21 tahun berkarya, Insya-Allah saya tidak akan menghampakan peminat. Selepas dibenarkan pulang, saya terus ke lokasi penggambaran sebab tidak mahu tangguhkan kerja apatah lagi ia membabitkan kru dan pelakon lain. Bila kita bekerja, kita kerja berpasukan,” katanya.
Adi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 20 Disember selepas tubuhnya tiba-tiba lemah ketika berada di lokasi penggambaran drama Sekam Di Dada. Isterinya, Datin Aida Yusof memaklumkan pelakon itu jatuh sakit kerana tidak mendapat rehat yang mencukupi.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: “SIAPA SANGKA SIFAT BARAN SAYA RUPANYA BERPUNCA DARI…” – CAPRICE SAHKAN DIRINYA MENGHIDAP PENYAKIT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2023
Dari siri Manga “One Piece” kepada siri “Star Wars: Ahsoka” terbaharu serta dokumetari Kpop, “NCT 127: The Lost Boys”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Ogos 2023.
AKTIF BERLAKON DAN MENGACARA, INI SISI BERGAYA AIMAN WYNNE
Aiman Wynne yang merupakan jejaka kacukan UK-Malaysia ini tetap mempunyai sisi bergaya tersendiri walaupun gemar tampil santai dan ringkas.
10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2022
Dari filem pecah panggung tempatan, “Mat Kilau” kepada siri K-drama inspirasi kisah sebenar, “Narco-Saints”, laman penstriman utama membariskan 10 filem, siri drama, rancangan komedi serta dokumentari baharu yang ‘must watch’ sepanjang September 2022.