PERSEMBAHAN EPIK LADY GAGA DI SUPERBOWL 2017
Lady Gaga nailed it as usual! Ya, Lady Gaga baru sahaja tamat melakukan persembahan penuh epik sebentar tadi ketika acara Super Bowl 2017 di Houston, US dan semestinya persembahannya itu hebat, gamat dan penuh bertenaga sehinggakan rata-rata netizen menggila dan memuji keupayaan Gaga sebagai seorang penghibur.
Buat anda yang masih belum tahu, Super Bowl 2017 merupakan kejohanan tahunan Liga Kebangsaan Bola Sepak (NFL) di mana ia merupakan acara sukan gilang gemilang tahap tertinggi bola sepak profesional Amerika di seluruh dunia yang diadakan setiap tahun. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, seorang artis akan dijemput untuk membuat persembahan secara langsung sebagai selingan dalam kejohanan ini. Jika sebelum ini Michael Jackson, Madonna, Beyonce, Katy Perry, Bruno Mars pernah membuat persembahan, dan kali ini giliran Lady Gaga pula menghiburkan ratusan ribu penonton dan ternyata pilihan kali ini sangat tepat!
Bayangkan dengan lantunan suara Gaga yang tidak perlu dipertikaikan lagi, gimik persembahan yang unik dan tidak dijangka serta gerak tarinya yang boleh dikatakan sempurna, Lady Gaga ternyata seorang soul performer! Persembahan epik penuh bertenaga selama 13 minit tanpa henti itu dimulakan dengan Gaga berdiri di atas bumbung NRG Stadium, Houston menyanyikan lagu God Bless Amerika, sambil kelihatan ribuan drones menerangi segenap ruang langit mereplika bendera US di latar belakangnya.
Kemudian, Gaga turun ke pentas utama dengan menggunakan kabel yang digantung di badannya sambil terus menyanyi dengan penuh penghayatan sebelum pentas besar itu ditemani oleh penari-penarinya. Berpakaian ala-ala superhero dengan sut badan berwarna kelabu, Gaga ternyata unggul di atas pentas sambil menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Born This Way dan Poker Face.
Kemudian, Gaga meneruskan persembahan dengan menyanyikan lagu Telephone dan Just Dance sebelum beliau ke satu sudut di mana terletak sebuah piano di mana Gaga menyanyikan lagu hitnya, Million Reasons sambil memberikan shoutout kepada ibu dan bapanya.
Gimik terakhir persembahan Gaga adalah yang paling menarik! Selepas menamatkan nyayian penuh dramatiknya itu, Gaga dilihat menaiki sebuah set tangga yang tinggi, menjatuhkan mikrofon beliau, menangkap bola dan melompat keluar dari set tersebut ke bawah padang. Satu pengakhiran yang memukau untuk sebuah persembahan yang epik. Dan sejurus saja selepas tamat persembahan, Lady Gaga sempat ditemubual oleh wartawan di sana dan Gaga mengakui cukup berterima kasih pada peminat-peminatnya. Beliau juga terharu dengan sambutan serta kepelbagaian etnik yang dihiburkan oleh persembahannya. Ini adalah kata-katanya..
‘My fans mean everything to me. When I first started, everyone thought we were so different and so weird. We never changed who we were, and we stuck to our guns in terms of what we believe in, and now we got to perform on the biggest stage in the world with our beliefs and our diversity, and it made me really proud’
Untuk menyaksikan keseluruhan persembahan epik Lady Gaga sewaktu Super Bowl 2017,anda boleh layari pautan di bawah:
WOW. Amazing.@ladygaga's #PepsiHalftime Show! 👏#SB51 https://t.co/z9vCKRBKkC
— NFL (@NFL) February 6, 2017
Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ADIDAS BAWAKAN KOLEKSI BUAT SI COMEL DENGAN GAYA STREEWEAR
Jenama fesyen ternama, adidas Originals lancarkan koleksi streetwear penuh kecomelan buat haiwan peliharaan tersayang.
TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026
Sebelum memasuki bulan Mei 2026, buat persedian dengan memasukkan senarai filem dan siri ini di Netflix, supaya anda tidak ketinggalan!
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
TALK TO MY MANAGER 2: KENALI 10 ANAK SELEBRITI YANG SERTAI
Talk To My Manager 2 menjadi program terhangat apabila kembali dengan musim kedua tahun ini, bersama peserta yang semakin hebat.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.















