PERSIAPAN HAMPIR SIAP, SHUIB TERUJA BAKAL AKHIRI ZAMAN DUDA
Bakal Raja Sehari Memanjatkan Rasa Kesyukuran
Pelakon, pelawak dan penyampai radio itu turut mengumumkan bahawa perkahwinannya mendapat tajaan bernilai hampir RM2 juta yang merangkumi lokasi majlis, makanan dan barang kemas. “Penajaan melibatkan majlis khatam Al-Quran, berinai dan akad nikah. Nilainya sekitar RM1.7 juta termasuklah barang kemas. Namun bukan semuanya ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga.” Bapa kepada empat cahaya mata itu sempat meluahkan rasa bersyukur kerana akan kembali bergelar suami selepas hampir dua tahun memegang status solo.
“Saya bersyukur tetapi dalam masa sama berdebar kerana jodoh telah tiba dan Allah pertemukan saya dengan wanita yang tepat. Watie seorang wanita yang baik dan ikhlas sukakan anak-anak saya. Perkara itu yang membuka hati saya kepadanya.”
Penyatuan mereka akan ditayangkan dalam siri mini Walimatulurus Shuib dan Watie yang merakamkan detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu. Program tiga episod itu akan menemui penonton secara eksklusif bermula 24 Jun, 9 malam di Astro Ria.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup pada 6 Mei lalu. Shuib pernah bergelar suami kepada Siti Sarah namun perkahwinan mereka berakhir pada 2021 selepas penyanyi popular itu meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahita Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Foto: Instagram
Foto: Kosmo Digital
Pautan berkaitan: BARU KEHILANGAN ISTERI, SHUIB FOBIA ABANG IPAR DIJANGKITI COVID-19
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.











