Skip to content

“PRIVACY IS A LUXURY” – REZA RAHADIAN

Kongsikan artikel ini

Pengarah kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni kanan: KHAIRANI RAMLI, Pereka seni grafik kanan: HILMAN HISHAM, Penulis: BATRISYIA FAISAL & SHAKIF MD NOOR Dandanan: JUNO KO Gambar: CHEE WEI Teks & temu bual: SYAZWAN ZAKARIAH

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Kali terakhir saya menemubual figura hebat ini kira kira sepuluh tahun lalu.

“(It) must’ve been (during the) Half-worlds (shoot),” pintas Reza Rahadian ketika saya memberitahu kita pernah bertemu dulu dan tekaannya itu tepat.

Genggamannya ketika bersalaman masih erat, ramahnya juga masih hangat – biarpun sosok di depan saya ini sudah meraih pelbagai anugerah dan gelaran sepanjang dua dasawarsa berkarya.

Dari deretan watak yang dibawa, peranan ikonik Presiden Indonesia, B.J Habibie dari filem Rudy Habibie memahat namanya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Asia-Pasifik. Gelagat Bossman dari My Stupid Boss juga diingati sehingga ke hari ini, malah karakter suami manipulatif dari siri Layangan Putus masih membekas.

Terbaru Reza berada di Kuala Lumpur sempena edisi kelapan Malaysia International Film Festival (MIFFest) di mana dia bertindak selaku juri. Dia juga menerima pengiktirafan khas The Award of Excellent Achievement in Film.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

20 tahun bergelar anak seni. What does success look like to you now?

Secara peribadi, sehingga kini saya tidak pasti apa definisi sukses. Apa yang saya tahu ialah terus bekerja, terus berusaha sebaik mungkin dan tidak mengambil ringan apa yang saya ada. Saya sangat beruntung kerana masih diberi ruang dalam industri ini, masih berpeluang menghadiri uji bakat untuk satu-satu peranan. It’s already a pleasure and means a lot to me.

Masih pergi audition? Tidak ada ego?

Tidak (ada ego) sama sekali. Audition is very important untuk melihat sesuatu karakter itu sesuai atau tidak – bukan untuk memastikan kamu boleh berlakon atau tidak. Honestly speaking, it is a very normal process for me. I think this is the best time to convince the director or producer jika kamu adalah pilihan terbaik.

Outfit, FERRAGAMO, Rantai, JUST UN CLOU, 18k EMAS PUTIH, cincin, JUSTE UN CLOU, 18k EMAS PUTIH & BERLIAN, CLASH DE CARTIER, 18k EMAS ROS DENGAN BERLIAN & ONYX (tangan kanan), Jam, SANTOS DE CARTIER saiz kecil, cincin, CLASH DE CARTIER 18k emas putih & cincin LOVE 18k EMAS KUNING (tangan kiri).

Seluar, GUCCI, Gelang, JUSTE UN CLOU 18k EMAS PUTIH, JUSTE UN CLOU 18k EMAS PUTIH & BERLIAN, LOVE 18k EMAS PUTIH (tangan kanan) & Jam, SANTOS DE CARTIER SAIZ KECIL (tangan kiri)

Saya membaca buku tulisan kamu, “Mereka Yang Pertama” – satu dedikasi terima kasih kepada individu-individu yang menjadikan siapa Reza Rahadian hari ini. Saya tertarik dengan satu quote, “Saya tidak pandai merancang masa depan. Hanya percaya berbuat yang terbaik pada saat ini untuk nanti yang semoga lebih baik”. Dengan prinsip itu, pernah terfikir kamu sudah sampai sejauh ini?

Not really. It is truly a blessing, and it humbles me. Tetapi, apa paling bermakna apabila saya dapat give back to the society and the film community itself. Contohnya ketika saya diberi tawaran mengetuai Festival Filem Indonesia (FFI). Ia bukan mengenai jawatan saya sebagai pengerusi, tetapi apa yang saya boleh sumbangkan kepada komuniti filem. For three years, I’ve been serving the industry and the people. Saya tolak ke tepi soal jawatan atau gelaran – just me as a servant untuk memberi semula.

How do you celebrate this incredible 20-year journey?

I choose not to use the word ‘celebration’. It’s more of a reflection. This whole process – sama ada ketika menghasilkan buku atau exhibition (sebuah pameran 20 tahun Reza Rahadian bertajuk Eudaimonia sedang diadakan di Jogja National Museum) – adalah sebuah proses yang sangat contemplative. Saya merefleksi semula apa kesilapan yang pernah dilakukan, apa yang saya pelajari and what keeps me going as a person.

Jaket, DIOR, Gelang, LOVE 18k EMAS PUTIH & cincin, JUSTE UN CLOU 18k EMAS PUTIH & BERLIAN

Outfit, FERRAGAMO, Rantai, JUST UN CLOU 18k EMAS PUTIH, cincin, JUSTE UN CLOU 18k EMAS PUTIH & BERLIAN, CLASH DE CARTIER 18k EMAS ROS BERLIAN & ONYX (tangan kanan) & jam, SANTOS DE CARTIER SAIZ KECIL, cincin, CLASH DE CARTIER 18k EMAS PUTIH, LOVE 18k EMAS KUNING (tangan kiri)

Sudah lebih 70 filem kamu lakonkan – daripada watak sebenar sehinggalah watak fiksyen. Pernahkah kamu membawa pulang ke rumah karakter-karakter itu? And how did you disconnect selepas habis penggambaran? Kerana sudah pasti ada watak yang intense dan sukar ‘dilepaskan’.

Benar, ada watak yang sangat berat dan sukar dilepaskan walaupun saya sudah meninggalkan set. Bagaimanapun apabila pulang ke rumah and seeing the house that I live in, it makes me realise that I’m in a safe zone. Ia membenarkan saya kembali menjadi diri sendiri, let tomorrow start anew and let the character rest awhile. That’s my way of disconnecting. Not to sound too religious, tetapi solat really helps. It keeps me sane, balanced, dan tidak terhanyut dalam karakter yang dibawakan.

Pernah ada detik yang kamu tidak mahu menjadi Reza Rahadian? Kerana kamu pernah ‘berehat’ selama setahun dari berlakon pada 2018.

Break yang diambil ketika itu adalah kerana I can’t afford the pressure of making a mistake dengan mengambil peranan yang mungkin tidak disukai peminat. Ya, ketika itu saya bimbang berdepan dengan tekanan. Untuk menjawab soalan kamu, tidak pernah ada waktu saya tidak mahu menjadi Reza kerana Reza bukan hanya seorang aktor. Reza adalah seorang anak kepada ibunya, seorang kawan kepada kawan-kawannya; that’s what keeps me grounded. I know when I’m Reza – not just the actor – perkara itu ‘memanusiakan’ saya.

Jaket, HERMES, Jam, SANTOS DE CARTIER SAIZ KECIL

Kamu bersih dari sebarang kontroversi berkaitan kisah peribadi. It’s well- guarded. How do you maintain such privacy?

It’s interesting how some people, including celebrities ask for privacy, which is completely fair, yet they also choose to share intimate parts of their lives online. Mungkin kerana itu saya tidak mempunyai akaun peribadi media sosial. I wanna keep my life private. Privacy is a luxury nowadays. Bukan kerana saya mahu menyembunyikan sesuatu atau mahu berahsia, but that’s how I guard myself. I do have the right for that.

Pernah ada berita yang melukakan kamu tersiar di media?

Mungkin ada keluar gosip tentang hubungan cinta atau konon saya keluar pacaran with my co-star, but I don’t really pay attention. And I know none of them are true. Saya tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapa. Masyarakat boleh berkata apa yang mereka mahukan atau fikirkan, they have the freedom to do so – but do I need to defend myself? I don’t think so. I just want to focus on my craftmanship dan berkongsi karya- karya saya.

What is something simple that always brings you joy – even on a bad day? What’s your guilty pleasure?

I love when I’m at home, gather with my friends, my mom, my little brother and my cousins. I’ll binge-watch shows, play cards, feed the fish, or clean the fish tank. At the moment, saya mengikuti siri Korea, Killer Paradox arahan Lee Chang Hee. My guilty pleasure? The Devil Wears Prada! Kerana saya sangat mengidolakan Meryl Streep dan saya boleh menonton filem itu berulang kali. If I have a bad day, I just put it on.

Seluar, GUCCI, Gelang, JUSTE UN CLOU 18k EMAS PUTIH, cincin, JUSTE UN CLOU 18k EMAS PUTIH & BERLIAN, gelang, LOVE 18k EMAS PUTIH (tangan kanan) & jam, SANTOS DE CARTIER SAIZ KECIL (tangan kiri).

Fashion is also a form of storytelling, just like acting. How do you describe your personal style?

Saya bukanlah seorang yang gemar memakai aksesori. Selalunya saya hanya tampil dengan baju polo T dan denim, sandal atau kasut, dan kadang-kadang membawa beg tote. Kebanyakan orang yang sudah lama mengenali saya, tahu gaya saya tidak banyak berubah. Lainlah untuk acara karpet merah atau tayangan perdana, saya akan bersiap mengikut kesesuaian.

Kamu kini bergelar pengarah filem cereka. Bagaimana pengalaman selama 20 tahun membantu kamu dalam mengerjakan filem pertama yang berjudul Pangku?

Alhamdulillah, Pangku has been travelling to several festivals, including Cannes, Hong Kong and Italy. (Ketika temubual ini berlangsung, Reza menyimpan khabar gembira yang Pangku bakal bertanding dalam sebuah festival filem berprestij, tetapi meminta dirahsiakan sehingga pengumuman rasmi dilakukan oleh penganjur).

Langkah untuk bergelar pengarah adalah satu keputusan yang sangat besar. Saya harus bersedia jika akan ada suara-suara yang berkata, “kamu lebih baik berlakon saja”.

Sejujurnya, saya gementar – adakah karya itu akan menjadi atau tidak? Ia menakutkan, dalam masa yang sama mengujakan. I love that kind of feeling and challenges – the space to make new mistakes and learn from them. Throughout my career, I’ve had the privilege of working with incredible directors, talented fellow actors, and reading powerful scripts. Setiap yang berlaku meniadi satu pengalaman dan pembelajaran that continues to shape and refine my craft.

Pangku adalah sepucuk surat cinta saya kepada ibu tercinta – seorang ibu tunggal yang menjadi tiang kekuatan saya. Apabila saya mahu mengarah filem sendiri, saya terfikirkan idea tentang watak seorang wanita yang kuat. Filem ini saya tulis bersama Felix K. Nesi dan ia sangat personal untuk saya.

Baju panas kait, MOSCHINO, Jam, SANTOS DE CARTIER SAIZ KECIL, cincin, JUSTE UN CLOU 18K EMAS PUTIH & BERLIAN, cincin, CLASH DE CARTIER 18k EMAS KUNING.

Jaket, HERMES, Gelang, LOVE 18k EMAS KUNING (tangan kanan) & jam, SANTOS DE CARTIER SAIZ KECIL & cincin, LOVE 18k EMAS KUNING.

Reza telah melakukan semuanya – berlakon, menyanyi, menulis, mengarah. Apa lagi yang Reza Rahadian mahu lakukan?

Saya mahu meneruskan karier sebagai pengarah – it’s something I want to pursue seriously. Saya mahu terus bercerita melalui naskhah yang boleh menghubungkan kita. Along the way, I’ve discovered a deep pleasure in writing book, dan saya ingin terus meneroka subjek yang menarik seperti the craft of acting from a personal perspective, yang mungkin boleh membantu aktor generasi baru. I’ve grown quite close to many of them, and I value the openness and exchange we share.

Artikel berkaitan: LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Reza Ogos 2025

GLAM LELAKI OGOS 2025

Bacaan Lanjut
LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN

LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN

Bacaan Lanjut
GAYA PASANGAN TERBAIK DI FILEM FESTIVAL CANNES 2025

GAYA PASANGAN TERBAIK DI FILEM FESTIVAL CANNES 2025

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBAIK ARIO BAYU, AKTOR BERKARISMA DALAM SIRI GADIS KRETEK

5 FILEM TERBAIK ARIO BAYU, AKTOR BERKARISMA DALAM SIRI GADIS KRETEK

Bacaan Lanjut
Arya Saloka

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN AKTRES GADIS KRETEK, DIAN SASTROWARDOYO

5 FILEM HEBAT LAKONAN AKTRES GADIS KRETEK, DIAN SASTROWARDOYO

Bacaan Lanjut