Jurugambar Von Wong ‘selamatkan’ dunia dengan Projek #MermaidsHatePlastic
Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin
Isu penceramaran, tidak kiralah pencemaran apa sekalipun sering kali kita dengari namun tidak ramai yang mampu mahupun ingin membuat sesuatu bagi mengurangkannya. Namun tidak bagi jurugambar terkenal Benjamin Von Wong yang menggunakan ‘kepakaran’ beliau dalam menangkap gambar bagi meningkatkan kesedaran tentang pencemaran alam sekitar akibat pengunaan botol plastik yang berleluasa.
Dianggarkan seorang rakyat Amerika menggunakan 167 botol minuman plastik dalam setahun. Disebabkan itu, Von Wong dengan kerjasama Pusat Pengurusan Sisa Tomra, ‘meminjam’ hampir 100,000 botol plastik dan membawanya ke sebuah gudang, di mana satu sesi pengambaran gambar dijalankan.
Plastik adalah antara elemen yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar khususnya di lautan, jadi Von Wong menggunakan idea mermaid ataupun ikan duyung bagi mengambarkan penderitaan yang dialami oleh hidupan-hidupan laut akibat manusia.
Projek yang diberi nama Mermaids Hates Plastic ini turut mendapat perhatian para sukarelawan dalam usaha mereka mengumpul lebihan botol plastik bagi menjayakan pengambaran ini. Hasilnya, gambar-gambar yang dirakam Bon Wong ternyata mengagum dan mempersonakan. Untuk mendapatkan informasi lebih lanjut mengenai projek ini, gunakan hashtag #MermaidsHatePlastic.
Hasil pengambaran oleh Bon Wong boleh dilihat di bawah.
Saksikan di sebalik tabir pengambaran projek amal ini di bawah:
Photo credit: BoredPanda
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 SEBAB LELAKI RENDAH LEBIH BAGUS UNTUK WANITA
Hina sangatkah lelaki yang berketinggian rendah berbanding wanita? Kami di GL tidak setuju! Ini kerana ada sebab-sebabnya kenapa lelaki rendah lebih bagus untuk wanita.
PENCIPTAAN TERPINTAR: DYSON LIGHTCYCLE MORPH
Dyson Lightcycle Morph: rekaan produk lampu terbaru Dyson yang mengesan cahaya waktu pagi dan berubah secara pintar untuk kegunaan yang berlainan.
Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal
Perubahan budaya dan teknologi semakin drastik, namun, satu perkara yang masih tetap berterusan tanpa berubahan: idea bagaimana masculinity dikemukakan.
Ronaldo Masih Berpeluang Untuk Kembali Ke Real Madrid
Menururt Zinedine Zidane, beliau masih membuka laluan kepada Cristiano Ronaldo untuk kembali ke Real Madrid dan mengakui bahawa hal ini tidak mustahil.
BANTERAS BULI SIBER HABIS-HABISAN! SYAKIRIN SYAZWAN, PEGUAM TAMPAN YANG TULAR BERKONGSI TENTANG DIRI DAN MISINYA
Ada sebahagian berita yang dilaporkan media lebih tertumpu kepada dirinya daripada isu yang sebenar. Siapakah beliau?
RISIKO MENYELAMAT SEIRING NYALAAN POPULARITI, SAIFUL DAN SHAFIQ KONGSI PAHIT GETIR PROFESION AHLI BOMBA
Jom ikuti temubual eksklusif GLAM Lelaki bersama dua hero tidak didendang ini.