Skip to content

Jurugambar Von Wong ‘selamatkan’ dunia dengan Projek #MermaidsHatePlastic

Kongsikan artikel ini

Oleh Wan Mohd Firdaus Basaruddin

Isu penceramaran, tidak kiralah pencemaran apa sekalipun sering kali kita dengari namun tidak ramai yang mampu mahupun ingin membuat sesuatu bagi mengurangkannya. Namun tidak bagi jurugambar terkenal Benjamin Von Wong yang menggunakan ‘kepakaran’ beliau dalam menangkap gambar bagi meningkatkan kesedaran tentang pencemaran alam sekitar akibat pengunaan botol plastik yang berleluasa.

mermaids-hate-plastic-pollution-benjamin-von-wong-1

Dianggarkan seorang rakyat Amerika menggunakan 167 botol minuman plastik dalam setahun. Disebabkan itu, Von Wong dengan kerjasama Pusat Pengurusan Sisa Tomra, ‘meminjam’ hampir 100,000 botol plastik dan membawanya ke sebuah gudang, di mana satu sesi pengambaran gambar dijalankan.

Plastik adalah antara elemen yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar khususnya di lautan, jadi Von Wong menggunakan idea mermaid ataupun ikan duyung bagi mengambarkan penderitaan yang dialami oleh hidupan-hidupan laut akibat manusia.

Projek yang diberi nama Mermaids Hates Plastic ini turut mendapat perhatian para sukarelawan dalam usaha mereka mengumpul lebihan botol plastik bagi menjayakan pengambaran ini. Hasilnya, gambar-gambar yang dirakam Bon Wong ternyata mengagum dan mempersonakan. Untuk mendapatkan informasi lebih lanjut mengenai projek ini, gunakan hashtag #MermaidsHatePlastic.

Hasil pengambaran oleh Bon Wong boleh dilihat di bawah.

mermaids-hate-plastic-pollution-benjamin-von-wong-02

mermaids-hate-plastic-pollution-benjamin-von-wong-01

mermaids-hate-plastic-pollution-benjamin-von-wong-03Saksikan di sebalik tabir pengambaran projek amal ini di bawah:

Photo credit: BoredPanda

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BANTERAS BULI SIBER HABIS-HABISAN! SYAKIRIN SYAZWAN, PEGUAM TAMPAN YANG TULAR BERKONGSI TENTANG DIRI DAN MISINYA

Bacaan Lanjut

RISIKO MENYELAMAT SEIRING NYALAAN POPULARITI, SAIFUL DAN SHAFIQ KONGSI PAHIT GETIR PROFESION AHLI BOMBA

Bacaan Lanjut

AKSI BERANI LELAKI ‘LEMBUT’ DI MEDIA SOSIAL, ANTARA HAK & KERUNTUHAN MORAL.

Bacaan Lanjut

KAK ZAI & ‘BODY SHAMING’, ANTARA KELANTANGAN DAN KEBENARAN YANG MENYAKITKAN

Bacaan Lanjut

“DAH IMUN, LAGIPUN HINAAN MEREKA HABUAN BAGI SAYA” – LUAHAN ANDIKA PUTERA, USAHAWAN KACAK ‘BERBAJU SENDAT’

Bacaan Lanjut

SOLIDARITI DALAM BERFESYEN. KE MANA HALA TUJUNYA?

Bacaan Lanjut