PUTERA EDWARD DIKURNIA GELARAN YANG PERNAH MENJADI MILIK PUTERA PHILIP
Adik bongsu Raja Charles III, Putera Edward dinamakan sebagai Duke of Edinburgh sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-59.
Penganugerahan itu secara lansung memberi gelaran baharu kepada anak sulung Putera Edward, James Alexander Philip Theo Mountbatten-Windsor. Bekas Viscount Severn berusia 16 tahun itu kini memegang gelaran Earl of Wessex yang sebelum ini menjadi milik bapanya.
Isteri kepada putera bongsu Ratu Elizabeth II, Sophie Helen Rhys-Jones yang bergelar Countess of Wessex and Forfar kini dikenali sebagai Duchess of Edinburgh. Ratu menyandang gelaran itu sebelum menaiki takhta pada 1952, 70 tahun sebelum kemangkatannya.
Suaminya, Putera Philip bergelar Duke of Edinburgh ketika mangkat pada April 2021 sewaktu berusia 99 tahun. Gelaran itu disandang sementara oleh Raja Charles sebelum baginda diangkat menjadi Raja pada September 2022.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(674x189:676x191)/prince-edward-earl-of-wessex-family-091622-3-ae2a55fbc15b4e2a8884dfdedfbf57d2.jpg)
Foto: Getty Images
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGAPA KELESTARIAN ALAM MENJADI KEUTAMAAN KERABAT DIRAJA BRITAIN?
Perubahan iklim dan kemampanan alam sekitar menjadi misi filantrofi utama kerabat Britain yang diturunkan dari generasi ke generasi.
PATUNG LILIN PUTERA WILLIAM & KATE MIDDLETON DIANGGAP MENGERIKAN
Sebuah muzium lilin di Poland dikecam di media sosial kerana memaparkan patung Putera dan Puteri Wales yang dikategorikan sebagai gagal.
RAJA CHARLES RAMPAS PEMBERIAN RATU ELIZABETH II KEPADA PASANGAN SUSSEX
Keterlanjuran Putera Harry mendedahkan sisi gelap keluarganya kepada umum dalam memoir Spare ternyata membawa padah.
ED SHEERAN & ADELE TOLAK JEMPUTAN KONSERT PADA HARI PERTABALAN RAJA CHARLES III
Raja Charles III telah pun memilih penghibur kegemarannya untuk membuat persembahan di konsert pertabalan, namun kini terpaksa berdepan kekecewaan.
PUTERI DIANA DEDAH KEPERITAN PERCERAIAN DALAM SURAT TULISAN TANGAN
Koleksi surat dan kad peribadi yang dikirim Puteri Diana kepada dua rakan baiknya berjaya dijual dalam satu acara lelong baru-baru ini.
AKSI MESRA PUTERA WILLIAM & KATE MIDDLETON DI BAFTA AWARDS MENCURI PERHATIAN
Pasangan Wales, Putera William dan Puteri Kate Middleton dilihat semakin terbuka menunjukkan rasa cinta di tempat awam.