PUTERA HARRY BAKAL TERBITKAN BIOGRAFI PALING JUJUR MENGENAI KEHIDUPANNYA
Duke dan Duchess of Sussex menjadi tajuk berita di seluruh dunia apabila membuat keputusan untuk mengundur diri daripada kerabat Diraja Britain pada awal tahun 2020 dan berpindah ke Amerika Syarikat.
Kisah mereka mencapai kemuncak Mac lalu berikutan pendedahan berani Harry dan Meghan Markle dalam satu wawancara intim bersama Oprah menerusi saluran CBS. Rancangan tersebut meraih 17.1 juta tontonan di Amerika Syarikat sahaja.
Temu bual yang mendedahkan situasi sebenar di Istana Buckingham itu menarik minat ramai penonton. Meghan yang sedang hamil anak kedua ketika itu berkata kehidupannya sebagai kerabat Diraja Britain begitu kesepian sehinggakan dia terfikir untuk meragut nyawa sendiri.
Pasangan itu kemudian berpindah ke California dan menubuhkan syarikat penjana media bersama. Mereka menandatangani perjanjian produksi selama beberapa tahun dengan Netflix September lalu yang merangkumi siri berskrip, siri dokumentari, dokumentari dan program kanak-kanak. April lalu, mereka mengumumkan projek Netflix pertama iaitu Heart of Invictus.
Foto: Samir Hussein/Getty Images
Pautan berkaitan: 5 SUMBANGAN TERHEBAT PUTERA HARRY UNTUK DUNIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TUGASAN DIRAJA RATU ELIZABETH II DIROMBAK BUAT KALI PERTAMA DALAM 10 TAHUN
Setelah beberapa bulan gering, Istana Buckingham mengambil langkah membantu mengurangkan beban Ratu Elizabeth II.
10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2022
Laman penstriman utama Netflix, HBO GO dan Disney+ Hotstar membariskan 10 filem, siri drama, rancangan komedi serta dokumentari baharu yang ‘must watch’ sepanjang Julai 2022.
5 SOALAN BERSAMA BINTANG ‘MONEY HEIST: KOREA – JOINT ECONOMIC AREA’, PARK HAE-SOO
Pelakon Squid Game, Park Hae-soo yang bakal menggalas watak Berlin berkongsi pengalaman membintangi siri adaptasi popular Netflix, “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”.
SQUID GAME MUSIM KEDUA: KARAKTER BAHARU & WATAK LAMA YANG BAKAL KEMBALI
Siri paling popular di Netflix, Squid Game disahkan akan kembali menghiburkan penonton dengan musim kedua.
WATAK UTAMA BRIDGERTON MUSIM KETIGA DIDEDAHKAN
Siri Inggeris paling popular di Netflix, Bridgerton disahkan akan muncul dengan musim ketiga namun menyimpang daripada turutan cerita asal.
DUTA SELEBRITI LELAKI PERTAMA VICTORIA’S SECRET
Pelakon utama siri komedi Netflix, “Never Have I Ever”, Darren Barnet mencipta sejarah sebagai duta selebriti lelaki pertama untuk koleksi uniseks Victoria’s Secret Pink.