PUTERA MAHKOTA HUSSEIN PERKENAL PUTERI SULUNG KEPADA DUNIA
Raja Abdullah II menimang cucu pertama selepas Putera Mahkota Jordan, Putera Hussein menyambut kelahiran puterinya pada 3 Ogos lalu.
Cahaya mata sulung Putera Mahkota dan Puteri Rajwa ini diberi nama Puteri Iman bint Al Hussein yang bermaksud ‘kepercayaan’. Ia bersempena nama adik Putera Mahkota, juga nama adik kepada Raja Abdullah.
Mengikut budaya Arab, sudah menjadi tradisi buat ahli keluarga Hashemite untuk memberi nama dengan maksud istimewa buat putera-puteri mereka. Dan menurut Gerts Royals, Puteri Iman akan menerima gelaran Duli Yang Teramat Mulia.
Berita kelahiran pewaris Jordan ini dikongsi kepada dunia menerusi satu hantaran di Instagram rasmi Mahkamah Diraja Hashemite. Momen istimewa dua beranak itu turut dikongsi menerusi satu video.
“Duli Yang Teramat Mulia Putera Al Hussein bin Abdullah II mengalunkan azan di telinga Duli Yang Teramat Mulia Puteri Iman bint Hussein, mengikut sunnah Rasulullah S.A.W,” menurut kenyataan itu.
Puteri Iman dilahirkan di Pusat Perubatan Raja Abdullah di Amman. Hospital ini digunakan untuk kelahiran kerabat Diraja Jordan termasuk Raja Abdullah dan Putera Mahkota sendiri.
Putera Hussein & Puteri Rajwa Umum Kehamilan
Menerusi satu perkongsian di laman X pada April lalu, Mahkamah Diraja Hashemite mengumumkan bahawa pasangan ini akan menimang anak pertama tidak lama lagi.
“Mahkamah Diraja Hashemite dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Al Hussein bin Abdullah II dan Puteri Rajwa Al Hussein sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka pada musim panas ini.
“Mahkamah Diraja Hashemite merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania Al Abdullah pada kesempatan ini. Juga mendoakan agar Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Al Hussein dan Puteri Rajwa sihat dan gembira kala menyambut kelahiran bayi mereka,” menurut kenyataan itu.
Permaisuri Rania turut berkongsi foto pasangan itu di Instagram sempena ulang tahun kelahiran putera sulungnya. Dalam foto tersebut, pewaris takhta Jordan itu dilihat memeluk erat pinggang isterinya.
“Selamat hari jadi, putera kesayanganku Hussein. Tidak sabar mahu melihat anakanda dan Rajwa menjadi ibu bapa,” tulis Permaisuri Jordan.
Putera Mahkota dan Puteri Rajwa yang merupakan warga Arab Saudi disatukan sebagai suami isteri pada 1 Jun 2023 di Amman, ibu kota Jordan.
Foto: Instagram/AFP
Pautan berkaitan: NILAI KEKAYAAN PEWARIS TAKHTA JORDAN, PUTERA HUSSEIN BIN ABDULLAH II
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PUTERA AL HUSSEIN BAKAL TIMANG CAHAYA MATA SULUNG
Kehidupan Putera Mahkota Jordan, Putera Al Hussein dan Puteri Rajwa bakal diserikan dengan kehadiran orang baru tidak lama lagi.
NILAI KEKAYAAN PEWARIS TAKHTA JORDAN, PUTERA HUSSEIN BIN ABDULLAH II
Dilahir dan dibesarkan dalam kehidupan serba mewah, berapakah agaknya nilai kekayaan generasi ke-42 Nabi Muhammad ini?
17 FOTO PERKAHWINAN GILANG-GEMILANG PUTERA AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF
Tanggal 1 Jun 2023 melakar detik bahagia buat Putera Mahkota Jordan, Al Hussein apabila disatukan dengan wanita pilihan hatinya.
SEKITAR MAJLIS BERINAI RAJWA AL SAIF, BAKAL SURI HATI PUTERA MAHKOTA AL HUSSEIN
Majlis keraian untuk perkahwinan Diraja terbesar 2023 telah pun bermula menjelang detik pernikahan Putera Mahkota Jordan dan Rajwa Al Saif pada 1 Jun.
5 BUTIRAN PERKAHWINAN PUTERA MAHKOTA JORDAN, AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF
Kurang dari sebulan, anak sulung Raja Jordan Abdullah II dan Permaisuri Rania, Putera Mahkota Al Hussein bakal disatukan dengan warga Arab Saudi, Rajwa Khalid Al Saif.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI PUTERA MAHKOTA JORDAN, AL-HUSSEIN BIN ABDULLAH
Putera Mahkota Jordan, Al-Hussein Bin Abdullah II bakal menamatkan zaman bujang bersama tunangnya, Rajwa Al Saif pada bulan Jun tahun ini.