PUTERA SEAL & HEIDI KLUM BUAT KEMUNCULAN SULUNG DI MINGGU FESYEN PARIS
Nampaknya anak kepada penyanyi Seal dan supermodel Heidi Klum mengikut jejak langkah ibunya di pentas peragaan!
Baru-baru ini Henry Samuel membuat kemunculan pertamanya di pertunjukan Lena Erziak Haute Couture Musim Bunga/Panas 2025 pada Minggu Fesyen Paris. Lebih istimewa, jejaka berusia 19 tahun itu dipilih sebagai pembuka tirai pertunjukan tersebut.
Heidi meluahkan rasa bangga dengan berkongsi detik terbesar dalam kerjaya anaknya di Instagram. Video yang dimuat naik memperlihatkan Henry berjalan di pentas peragaan dalam sut berstruktur serba hitam dengan potongan besar di belakang badan.
“Ibu sangat bangga dengan awak Henry. Membuka tirai pertunjukan fesyen Lena Erziak Haute Couture di Paris @henrysamle @lena_erziak,” tulisnya.
Heidi Klum Beri Sokongan Padu
Heidi yang mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Leni, 20, Johan, 18, dan Lou, 15 turut berkongsi beberapa video pertunjukan itu di Instagram Story.
Berkongsi pandangan tentang kemunculan sulung Henry, model berusia 51 tahun itu menulis, “Ini sesuatu yang tidak dijangka. Dia melakukannya dengan begitu baik.”
Walaupun ini kali pertama Henry berjalan di pentas fesyen, dia tetap mempunyai tip untuk dikongsi.
“Petua saya di pentas fesyen adalah tidak berjalan seperti penyu dan kekalkan postur badan tegak sambil memandang ke hadapan,” katanya kepada Vogue Germany.
Henry bukanlah satu-satunya yang mengikut jejak langkah ibunya. Puteri sulung Heidi bersama usahawan Itali Flavio Briatore, Lena juga seorang model dan membuat kemunculan pertamanya di Minggu Fesyen Berlin pada Januari 2021.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: 5 FAKTA MENGENAI JORDAN BECKFORD, SATU-SATUNYA ZURIAT SUPERMODEL TYSON BECKFORD
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 NEPO BABY YANG MENGIKUT JEJAK LANGKAH IBU BAPA MODEL
Barisan model generasi baharu yang mewarnai pentas peragaan, dada majalah dan kempen kecantikan jenama terkenal.