RAHSIA RANJANG DAVID BECKHAM DAN VICTORIA AKHIRNYA TERDEDAH
Rumah tangga Victoria dan David Beckham bukan tidak pernah dilanda badai, tetapi ikon fesyen itu mendedahkan hubungan asmara yang bagus membantu memulihkan hubungan mereka. David disifatkan sebagai lelaki sempurna di mata kebanyakan wanita seluruh dunia. Kacak, berpengaruh, popular, kaya dan lelaki budiman juga seorang ayah yang bertanggunjawab. Mungkin bagi wanita lain, Victoria bertuah memiliki David, tetapi bagi lelaki lain, ia sebaliknya.

(Photo credit: Mirror.co.uk)
Victoria dilihat lebih dominan berbanding David dalam hubungan, apatah lagi anak-anak mereka mengakui Victoria lebih garang berbanding bapa mereka. Bagaimana agaknya pula apabila mereka diranjang? Siapa lebih dominan? Dan akhirnya, Victoria sendiri berkongsi kisah asmara mereka secara terbuka.
Victoria mendedahkan kesibukan mereka berdua menghadkan hubungan intim, dan disebabkan itu mereka menggunakan peluang bersama dengan baik. Victoria menerusi sebuah interview bersama Yahoo Entertainment juga secara terbuka bercerita mengenai saiz ‘Mr Smile’ David yang memuaskan. Victoria juga mengakui terpaksa bekerja keras di ranjang supaya David sentiasa mengingatinya ke mana sahaja dia pergi. GL yakin anda pernah mendengar skandal terdahulu David bersama wanita lain, jadi tidak mustahil Victoria perlu kelihatan cantik dan hangat di mata David setiap masa.


Dalam pada itu, Victoria mengakui David seorang lelaki yang romantik sejak dari awal perkenalan mereka. “Ketika dating dulu, kami banyak meluangkan masa dalam kereta dan berbual tentang pelbagai topik selama berjam-jam. Pesan Victoria, sebagai wanita moden, jangan sesekali mengabaikan penampilan diri dan juga suami kamu. Itupun kalau tidak mahu suami kamu lari dengan wanita lain.
Sumber: Cosmopolitan Malaysia
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026
Perlawanan final FIFA World Cup 2026 tahun ini cukup mengujakan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran selebriti terkenal di seat penonton.










