RAJA CHARLES RAMPAS PEMBERIAN RATU ELIZABETH II KEPADA PASANGAN SUSSEX
Menurut pengarang Diraja Tom Bower, keputusan Raja Charles mengusir pasangan Sussex dari Frogmore Cottage bukanlah satu tindakan mengejutkan.
“Harry dan Meghan memprovokasi Raja Charles dengan buku dan wawancaranya yang memalukan,” katanya merujuk kepada memoir Spare serta penampilan mereka dalam rancangan 60 Minutes dan The Late Show with Stephen Colbert.
Pengarang Revenge: Meghan, Harry and the War Between the Windsors itu menambah, “Maksud saya, apa yang dia jangkakan? Harry mahu keluarganya datang melutut memohon maaf dan dia melampaui batas kerana menganggap dirinya ‘terpaling’ mangsa.”
Dalam Spare, Duke of Sussex menuduh Raja Charles memanggilnya dengan gelaran ‘alat ganti’ selepas dilahirkan, tidak memeluknya sewaktu menyampaikan berita kemangkatan Puteri Diana dan sentiasa berjenaka bahawa dia bukanlah bapa kandung Harry.
Foto: Entertainment Tonight
Pautan berkaitan: PEMBACA KENAL PASTI EMPAT KESILAPAN FAKTA DALAM MEMOIR SPARE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH
Pasti anda tidak menyangka barisan selebriti Hollywood popular ini mempunyai lesen untuk menerbangkan pesawat.
6 RAKYAT BIASA YANG KINI BERGELAR KERABAT DIRAJA BRITAIN
Selain Permaisuri Camilla, lihat beberapa lagi individu biasa yang bergelar kerabat Diraja Britain melalui ikatan perkahwinan.
KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER
Lebih sebulan berehat untuk memberi fokus pada rawatan kanser, monarki Britain akhirnya membuat penampilan awam pertamanya sempena Easter.
PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS
Putera Harry pernah merakam foto bersama Diddy selepas mogul hip hop itu membuat persembahan di Concert of Diana pada 2007.
9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER
Kenali ahli keluarga Diraja Britain yang didiagnos dengan penyakit barah sejak seabad lalu.
DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM
'Sudah jatuh ditimpa tangga' - itulah peribahasa tepat untuk menggambarkan keadaan pewaris takhta Britain, Putera William sekarang ini.