SAHARUL RIDZWAN SEMAKIN AKTIF DALAM BIDANG PERNIAGAAN
Pelakon Tercipta Satu Ikatan, Saharul Ridzwan nampaknya semakin galak meluaskan empayar dalam bidang perniagaan.
Baru bulan lalu melancarkan produk makanan sendiri iaitu Banana Salai Chocolate Crispy & Dip di mana dia turut menjadi duta, kini Saharul melancarkan satu lagi produk iaitu Ode Scents, wangian aroma untuk kediaman dan kenderaan.
Walaupun pernah berhadapan dengan kegagalan dan kerugian berpuluh ribu ringgit, dia tidak berputus asa sebaliknya tetap meneruskan minat dalam bidang ini.
Malah akuinya, selebriti Shuib Sepahtu dan Datuk Rosyam Noor menjadi idolanya untuk membuka perniagaan dan bergelar usahawan.

Kata Saharul, langkah ini diambil demi memastikan kelangsungan hidup di masa hadapan jikalau dunia lakonan tidak lagi memberikan pendapatan seperti hari ini.
“Berlakon masih boleh menampung kehidupan saya sekarang, tetapi sejauh mana? Saya hanya memberikan tempoh dua atau tiga tahun untuk relevan sebagai hero.
“Mungkin selepas ini hanya watak sebagai abang kepada hero atau pembantu sahaja. Dan untuk mendapatkan pendapatan seperti hari ini, saya harus menjayakan tiga hingga empat tawaran lain dalam tempoh yang sama.
“Saya tidak mahu bersusah payah bekerja siang malam untuk mendapatkan apa yang diperolehi sekarang. Jadi, sebagai jaminan hidup, jalannya hanya menerusi perniagaan.”
Pelakon Kau Aku Kita ini berkata, dia pernah mengalami kerugian besar beberapa tahun lalu disebabkan kurang ilmu dalam bidang perniagaan.
“Sebelum ini, saya pernah berniaga serunding, minyak wangi dan skrub muka, tetapi semuanya tidak menjadi. Dengan tiada ilmu, saya mengalami kerugian hampir puluhan ribu duit simpanan keluarga lebur.
“Pernah juga stok serunding dijual pada bulan puasa berulat, sedangkan saya sudah mengeluarkan modal puluhan ribu.
“Sedih hanya Allah yang tahu. Sampai satu tahap, saya takut nak berniaga dan serik nak tanggung kerugian. Namun, saya juga tidak boleh bergantung harapan pada dunia lakonan sahaja,” ujarnya.
Menurut Saharul, perniagaan wangian aroma kediaman dan kenderaan keluaran syarikatnya, Pack Houz Sdn Bhd yang dibangunkan dengan modal sebanyak RM250,000 ini adalah salah satu usaha untuk membantu ekonomi keluarga dan peniaga kecil lain.
Foto: Z.Nadzri
Pautan berkaitan: “SAYA BARU ‘HALF-WAY, BELUM CAPAI TARGET LAGI..” SAHARUL RIDZWAN KONGSI PENGORBANAN & TRANSFORMASI SUSUK TUBUH SASANYA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TONTON SEMULA 5 FILEM LAKONAN QUE HAIDAR INI!
Pelakon, penerbit, bapa dan kini content creator, Que Haidar kembali tular di media sosial dengan kehadirannya sekarang.
KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA
Malaysia kini dipenuhi dengan wajah-wajah muda di dalam dunia lakonan tempatan menjadikan industri ini lebih berkembang.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: ARFIE SHAH
GLAM Lelaki bawakan pelakon yang cukup berbakat, Arfie Shah sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
KETAHUI 5 PERKARA MENGENAI PELAKON ‘HERO ROMANTIS’ KAMAL ADLI
Sejak awal pembabitan Kamal Adli lebih sedekad lalu, dia antara pelakon yang telah mencipta pelbagai momen dalam industri hiburan Malaysia.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: EVERTTS GOMES
GLAM Lelaki bawakan pelakon baharu dalam dunia lakonan, Evertts Gomes sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR
GLAM Lelaki bawakan pelakon yang sedang meningkat naik, Sky Iskandar sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.











