TIGA AKTOR KOREA JADI PANDUAN GAYA LELAKI ALFA
Sejak beberapa tahun, dunia sudah mula memandang pada Asia. Lebih khusus pada negara Korea. Bukan sahaja bijak dalam bidang teknologi ataupun automobil. Malahan, Korea juga berjaya dalam mendominasi dunia hiburan. Parasite, filem asal Korea menjadi titik kecemerlangan mereka. Kumpulan muzik Blackpink juga sudah jadi ikutan orang muda. Tidak lupa pada aktor hebat mereka yang menang wajah, gaya dan bakat. GLAM Lelaki mahu kongsi tiga aktor asal Korea yang bijak mencipta ombak sendiri!
SONG JOONG KI
Internet gempar apabila Song Joong Ki mendaftarkan akuan Instagram milik peribadi pada Hari Valentine tahun ini. Makin rapatlah hubungannya dengan peminat, biarpun secara maya. Joong Ki bukanlah pendatang baru, dia popular dengan filem The Battleship pada 2017. Masuk 2021, Joong Ki terus gah dengan filem Space Sweepers dan Vincenzo yang ditayangkan di dalam Netflix sekarang. Dalam Vincenzo dia segak dalam padanan sut yang maskulin juga tidak lupa pada persalinan pyjamas satin yang segak di kamar.
PARK SEO JOON
Tidak mungkin lengkap carta tiga aktor Korea terhangat jika tidak masukkan nama Park Seo Joon. Momentum pelakon lelaki popular ini terus mendadak naik dengan kelibat muncul di drama-drama Korea. Lagaknya yang cukup cool memberi kebaikkan pada dirinya juga. Chanel menjemput dia menjadi penyeri kempen wangian mereka di Korea. Tahun ini, dia bakal membintangi filem Dream.
YOO AH IN
Mungkin boleh dilabelkan Yoo Ah In adalah budak nakal dalam kelompok tiga aktor ini. Dia cuba lari daripada gaya clean dan segak yang menjadi pilihan aktor Korea sekarang. Melihat pilihan gambarnya yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya sudah cukup menyimpulkan yang dia punya otak berseni. Tahun ini dia menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Voice of Silence.
PAUTAN BERKENAAN: EVAN MOCK, DEFINISI LELAKI ALFA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.

















