Skip to content

EVAN MOCK, DEFINISI LELAKI ALFA

Kongsikan artikel ini

EVAN MOCK MULA DIKENALI MELALUI MEDIA SOSIAL. KEUNIKKAN IDENTITINYA PULA MENJADI KESUKAAN PARA PENGGIAT FESYEN. EVAN MOCK MULA MENGORAK LANGKAH DALAM BIDANG LAKONAN. TERNYATA BAKAT BAHARU INI PUNYA POTENSI BESAR DALAM BIDANG YANG DICEBURINYA. 

Evan Mock pernah menjadi kesukaan banyak pereka fesyen. Dior, Calvin Klein, Louis Vuitton dan Salvatore Ferragamo antara label fesyen yang pernah bekerjasama dengannya. Dirinya bertambah popular sejak mewarnakan rambut berwarna merah jambu yang terang. Shocking pink. Langsung, warna tersebut menjadi normal dan membentuk trend baharu, yang mana anak-anak muda mula memiliki warna rambut yang sama. Pink hair was a trend.

Evan memang pandai bergaya. Apa sahaja pemakaian yang dikenakannya, tampak terletak. Tambahan lagi, karakter Evan sememangnya kuat. Bukan hanya disebabkan warna rambutnya, malah pembawaan diri Evan sangat berkeyakinan, matang dan berpendirian. Anak-anak muda yang tergolong Gen-Z, kebanyakkannya seperti Evan. A very confident group of people. Sambil bergelar bintang fesyen, Evan turut menonjolkan dirinya sebagai pemain papan luncur profesional. He’s the skater boy.

Yang terbaharu, Evan muncul dalam siri reboot Gossip Girl sebagai salah satu pelakon utama. Portfolio Evan semakin mencambah dalam bidang seni lakon pula. Bakatnya dalam berlakon belum dibuktikan lagi, selagi siri Gossip Girl ditayangkan buat tatapan. Selain daripada perihal gaya, karakteristik yang terdapat pada Evan yang patut dicontohi ialah sifat bebas jiwanya.

Melalui media sosialnya, Evan tidak menuruti sebarang peraturan lama. Malah menjalani kehidupan serta mengamalkan fesyen yang berjiwa bebas. Maka itulah, Evan kelihatan bertambah stylish than ever. Sememangnya, layak dijadikan inspirasi dalam pelbagai aspek, khususnya fesyen.

Artikel berkaitan: 5 MODEL LELAKI YANG MEWARISI BAKAT IBU BAPA MEREKA 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 JENAMA KASUT MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI MODEN SEPANJANG 2026

5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Bacaan Lanjut
MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut