WALAU PERKAHWINAN MUSNAH, KANYE WEST TETAP MAHU BERTANDING SEBAGAI PRESIDEN 2024
Penyanyi Famous, Kanye West tetap mahu mencalonkan diri sebagai presiden Amerika Syarikat 2024 walaupun percaya ia adalah punca utama kemusnahan rumah tangganya bersama Kim Kardashian.
Selepas pelbagai spekulasi bertebaran, Kim secara rasminya memfailkan perceraian terhadap Kanye Jumaat lalu setelah hampir tujuh tahun bergelar suami isteri.
Prosiding perceraian dilaporkan berlaku dalam keadaan baik kerana pasangan ini menandatangani perjanjian pra-perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga. Mereka akan berkongsi hak penjagaan keempat-empat anak; North, Saint, Chicago dan Psalm.
Penyanyi rap itu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020 yang lalu menentang Donald Trump dan Joe Biden. Namun penglibatannya mencetuskan kebimbangan peminat setelah memberi ucapan yang tidak dijangka sewaktu kempen pertama.

Foto: AP Domestic
Dia juga berpindah ke Wyoming untuk memberi lebih perhatian terhadap kempennya, dan percaya bahawa keputusan inilah yang memusnahkan rumah tangganya.
Satu sumber memberitahu, “Kanye berada dalam situasi ‘kalaulah’. ‘Kalaulah saya telah lakukan begitu, kalaulah saya telah buat begini.’ Dia menganggap penyertaannya dalam pilihan raya yang lalu perlahan-lahan merosakkan perkahwinannya. Sebelum itu, masih ada harapan. Selepas itu, tiada langsung. Dia mengorbankan perkahwinan sendiri.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KONTROVERSI GRAMMY, KANYE WEST LESAP KONTRAK
Kanye West telah kehilangan kontrak bernilai $20 juta di Jepun. Pembatalan ini merupakan salah satu penalti kewangan terbesar.
KIM SKIMS SMELLIN’ ROSE BLACKPINK UNTUK KEMPEN TERBARU
Rosé BLACKPINK kini rasmi sebagai wajah kempen terbaru SKIMS sempena hari Valentine “APT.” hitmaker bergambar di hadapan kamera dan mempamerkan beberapa gaya berbeza bertemakan percutian. Walaupun Skims telah bekerjasama dengan banyak nama terkenal pada masa lalu, hubungan dengan Rosé menandakan cross-over terbesar K-Pop bersama mogul perniagaan … kerana Rose adalah salah satu figura berpengaruh dalam genrenya…
TINJAU RUMAH AGAM MEGA KANYE WEST DI BEVERLY HILLS BERHARGA RM157 JUTA
Memiliki portfolio hartanah yang hebat antara ‘hobi’ kebanyakan selebriti di Hollywood, dan Kanye West tidak terkecuali.
PERKAHWINAN KANYE WEST & BIANCA CENSORI RETAK MENANTI BELAH?
Belum dua tahun mendirikan rumah tangga, muncul laporan mengatakan bahawa Kanye West dan isteri, Bianca Censori akan bercerai tidak lama lagi.
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau lebih tua bukanlah satu perkara besar dalam dunia Hollywood.
5 PELAKON HAMPIR MAUT KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN
Ada kalanya sebagai pelakon, muncul di set penggambaran diibaratkan seperti meletakkan nyawa di hujung tanduk.