SAHARUL RIDZWAN SEMAKIN AKTIF DALAM BIDANG PERNIAGAAN
Pelakon Tercipta Satu Ikatan, Saharul Ridzwan nampaknya semakin galak meluaskan empayar dalam bidang perniagaan.
Baru bulan lalu melancarkan produk makanan sendiri iaitu Banana Salai Chocolate Crispy & Dip di mana dia turut menjadi duta, kini Saharul melancarkan satu lagi produk iaitu Ode Scents, wangian aroma untuk kediaman dan kenderaan.
Walaupun pernah berhadapan dengan kegagalan dan kerugian berpuluh ribu ringgit, dia tidak berputus asa sebaliknya tetap meneruskan minat dalam bidang ini.
Malah akuinya, selebriti Shuib Sepahtu dan Datuk Rosyam Noor menjadi idolanya untuk membuka perniagaan dan bergelar usahawan.
Kata Saharul, langkah ini diambil demi memastikan kelangsungan hidup di masa hadapan jikalau dunia lakonan tidak lagi memberikan pendapatan seperti hari ini.
“Berlakon masih boleh menampung kehidupan saya sekarang, tetapi sejauh mana? Saya hanya memberikan tempoh dua atau tiga tahun untuk relevan sebagai hero.
“Mungkin selepas ini hanya watak sebagai abang kepada hero atau pembantu sahaja. Dan untuk mendapatkan pendapatan seperti hari ini, saya harus menjayakan tiga hingga empat tawaran lain dalam tempoh yang sama.
“Saya tidak mahu bersusah payah bekerja siang malam untuk mendapatkan apa yang diperolehi sekarang. Jadi, sebagai jaminan hidup, jalannya hanya menerusi perniagaan.”
Pelakon Kau Aku Kita ini berkata, dia pernah mengalami kerugian besar beberapa tahun lalu disebabkan kurang ilmu dalam bidang perniagaan.
“Sebelum ini, saya pernah berniaga serunding, minyak wangi dan skrub muka, tetapi semuanya tidak menjadi. Dengan tiada ilmu, saya mengalami kerugian hampir puluhan ribu duit simpanan keluarga lebur.
“Pernah juga stok serunding dijual pada bulan puasa berulat, sedangkan saya sudah mengeluarkan modal puluhan ribu.
“Sedih hanya Allah yang tahu. Sampai satu tahap, saya takut nak berniaga dan serik nak tanggung kerugian. Namun, saya juga tidak boleh bergantung harapan pada dunia lakonan sahaja,” ujarnya.
Menurut Saharul, perniagaan wangian aroma kediaman dan kenderaan keluaran syarikatnya, Pack Houz Sdn Bhd yang dibangunkan dengan modal sebanyak RM250,000 ini adalah salah satu usaha untuk membantu ekonomi keluarga dan peniaga kecil lain.
Foto: Z.Nadzri
Pautan berkaitan: “SAYA BARU ‘HALF-WAY, BELUM CAPAI TARGET LAGI..” SAHARUL RIDZWAN KONGSI PENGORBANAN & TRANSFORMASI SUSUK TUBUH SASANYA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AHMAD EZZRIN LOY, “SEBELUM MASUK UMUR 35 TAHUN, SAYA HENDAK MENJADI INSPIRASI YANG SEBENAR”
Ezzrin Loy berkembang dari pelakon cilik menjadi selebriti serba boleh serta content creator, dengan reputasi yang meningkat di Malaysia.
SALEH HASNI, “GAYA PERIBADI SAYA BERGANTUNG PADA MOOD DAN MASA SAYA PADA HARI ITU.”
Saleh Hasni merupakan peminat fesyen tegar. Dia sering berkongsi outfit peribadi di media sosial, langsung memberi inspirasi buat semua.
7 GAYA FESYEN IKONIK AWAL ASHAARI
Gaya fesyen Awal Ashaari cukup ikonik menjadikannya salah seorang selebriti lelaki Malaysia yang cukup versatil dari segi fesyen dan lakonan.
NAS-T BAWA WATAK ADIWIRA IKONIK, KELUANG MAN
Nas-T semakin mendapat perhatian sejak dilihat membintangi filem adiwira Keluang Man yang bakal menemui penonton di pawagam, 29 Mei ini.
IRFAN SURF, KONGSI MINAT & GAYA HIDUP SEORANG PENCINTA LAUT
Irfan menghabiskan masanya dengan beraktiviti sukan luncur ombak. Kenali anak muda ini yang banyak memberi inspirasi.
GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN MEERQEEN
Kali terakhir GLAM Lelaki menyunting Meerqeen adalah pada 2021. Kala itu, Meerqeen masih hijau dalam dunia seni lakon. Dan istimewa untuk edisi print ‘relaunch’ ini, GLAM Lelaki menampilkan the all grown up-Meerqeen.