“SAYA BISEKSUAL.” – KIT CONNOR KONGSI PENGAKUAN MENGEJUTKAN
Menurut sumber, dia terpaksa membuat pengakuan mengenai seksualiti dirinya kepada umum selepas dituduh “queerbating” di media sosial. Ini selepas dia dilihat memegang tangan Maia Reficco yang merupakan pelakon gandingannya dalam “A Cuban Girl’s Guide to Tea and Tomorrow.”

Apa yang mengejutkan lagi adalah dia sudah tidak lagi aktif menggunakan platform media sosial tersebut. Ini merupakan perkongsian pertamanya di akaun Twitter peribadinya sejak tujuh minggu yang lalu. Kali terakhir dia menulis Twitter sebagai “silly silly app” pada 12 September 2022.
Status seksualiti Kit Connor terus menjadi tanda tanya peminat selepas siri “Heartstopper” menjadi fenomena di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, dia pernah berkongsikan yang dia lebih selesa tidak melabelkan dirinya.
Selepas pengakuan terpaksa tersebut, ribuan peminat serta penulis novel grafik “Heartstopper”, Alice Oseman sendiri turut sama memberikan sokongan moral dan semangat kepada Kit Connor.

“Heartstopper” merupakan siri televisyen komedi romantik remaja British yang turut menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Joe Locke, Yasmin Finney, Sebastian Croft, William Gao dan pemenang Oscar, Olivia Colman, eksklusif di Netflix.
Foto: Netflix Malaysia & Getty Images
Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM FIGHTER PATUT TONTON DI NETFLIX
Temukan 5 filem fighter di Netflix 2026 penuh aksi, adrenaline dan watak kental yang patut ditonton oleh peminat filem.
MUST WATCH! DI NETFLIX DAN HBO MAX PADA BULAN SEPTEMBER 2026
Bulan September 2026 semestinya tidak akan bosan dengan kehadiran filem dan siri di Netflix dan HBO Max yang akan datang.
TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026
Sebelum memasuki bulan Mei 2026, buat persedian dengan memasukkan senarai filem dan siri ini di Netflix, supaya anda tidak ketinggalan!
TOP 10 DRAMA DI NETFLIX PATUT TONTON SEKARANG!
Drama di Netflix akan sentiasa bertambah dengan pelbagai pilihan, dan boleh dipilih mengikut genre kesukaan kita untuk dijadikan tontonan.
SELAIN SINGLE’S INFERNO, TONTON 5 DATING SHOW KOREA INI
Selain daripada dating show terhangat di Korea Selatan, Single's Inferno, banyak lagi rancangan dengan genre yang sama boleh ditonton.
THE ASIAN HOT CHEF LIST: 5 WAJAH KULINARI PALING MENARIK 2025
The Asian Hot Chef List 2025: 5 chef dengan gaya, teknik, dan personaliti yang mencuri perhatian dan paling memikat di Asia.











