Skip to content

“SAYA CEMBURU” - RUSSELL CROWE MENGENAI SEKUEL FILEM EPIK GLADIATOR

“SAYA CEMBURU” – RUSSELL CROWE MENGENAI SEKUEL FILEM EPIK GLADIATOR

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Sekuel filem tersohor Gladiator kini sedang dalam pembikinan, kira-kira 23 tahun selepas filem pertamanya ditayangkan di layar perak dan memenangi beberapa anugerah Oscar.

Pelakon asal Gladiator, Russell Crowe mengulas mengenai sekuel itu dan meluahkan apa yang dirasakannya kerana tidak lagi dapat membintangi filem tersebut. Katanya kepada Collider, “Satu-satunya perasaan yang ada dalam hati saya sekarang ini adalah cemburu.”

“Saya jauh lebih muda ketika membintangi filem itu dan jelas, ia adalah pengalaman yang besar dalam hidup saya. Ia berjaya mengubah hidup saya. Ia mengubah cara orang memandang saya dan perjalanan kerjaya saya.” Aktor berusia 59 tahun itu memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Oscar untuk peranannya dalam filem Gladiator yang meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM2.2 bilion.

Gladiator

Russell Crowe turut berkongsi pengalamannya membintangi filem popular tahun 2000 itu. “Saya amat bertuah kerana berpeluang menjayakan banyak projek besar, tetapi filem ini sememangnya luar biasa. Dan sekarang sudah tahun 2023, saya terlibat dalam filem itu pada 1999. Saya yakin, di suatu tempat di seluruh dunia malam ini, pasti ada saluran televisyen yang menyiarkan Gladiator pada waktu perdana. Anda tidak berpeluang meraih penghormatan sebegitu dengan setiap filem yang anda lakonkan, jadi jelas ia mempunyai tempat istimewa di hati saya.”

1 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

Bacaan Lanjut
rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
Russell Crowe Gladiator 2

PENGGANTI RUSSELL CROWE UNTUK FILEM ‘GLADIATOR 2’ SUDAH DITEMUI

Bacaan Lanjut

MULA BERKENALAN DI TWITTER, PAUL MESCAL UMUM PERTUNANGAN BERSAMA PHOEBE BRIDGERS

Bacaan Lanjut
GANDINGAN CHRIS HEMSWORTH & RUSSELL CROWE DALAM THOR: LOVE AND THUNDER

GANDINGAN CHRIS HEMSWORTH & RUSSELL CROWE DALAM THOR: LOVE AND THUNDER

Bacaan Lanjut
6 GAYA TERBAIK DI FASHION AWARDS 2021

6 GAYA TERBAIK DI FASHION AWARDS 2021

Bacaan Lanjut