“SAYA CEMBURU” – RUSSELL CROWE MENGENAI SEKUEL FILEM EPIK GLADIATOR
Mengenai Sekuel Gladiator Arahan Sutradara Tersohor, Ridley Scott
Menurut Russell Crowe, tidak banyak yang diketahuinya mengenai filem Gladiator 2. Sutradara Ridley Scott yang turut mengarahkan filem asal tidak memaklumkan kepadanya mengenai sebarang butiran plot. Wataknya sebagai Maximus Decimus Meridius mati pada penghujung cerita, jadi dia berharap peminat tidak mempertikai mengapa dia tidak kembali untuk filem kedua.
“Saya tidak pasti apakah arah tuju filem itu. Saya pasti ada sesuatu yang bermain di minda Ridley Scott sejak 24 tahun lalu. Mungkin dia fikir mampu melakukan dengan lebih baik lagi, atau sesuatu seperti itu. Saya rasa itu satu langkah yang positif kerana Ridley mahu kembali ke dunia itu dan mencipta sesuatu yang tahap tontonannya sama hebat dengan filem pertama.”
Russell Crowe memenangi trofi Anugerah Akademi pertama dan satu-satunya untuk peranan hebatnya yang kekal diingati. Filem itu membawa pulang empat trofi Oscar lain termasuk anugerah Filem Terbaik. Dialog “Are you not entertained?” yang diucap Maximus terus dipetik dan menjadi meme sehingga ke hari ini.
Gladiator 2 bakal dibintangi oleh Paul Mescal sebagai watak utama di samping Denzel Washington dan Barry Keoghan. Plot ceritanya masih dirahsiakan sehingga kini. Ia bakal ditayangkan di layar perak pada November 2024.
Foto: Daily Mail
Pautan berkaitan: PENGGANTI RUSSELL CROWE UNTUK FILEM ‘GLADIATOR 2’ SUDAH DITEMUI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024
Tahun ini barisan filem menarik dari pelbagai genre akan menemui penonton. Bukan saja naskah baru dan prekuel, tetapi juga sekuel yang telah lama ditunggu-tunggu.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024
Dari siri “The Brothers Sun” lakonan Tan Sri Michelle Yeoh kepada filem “Foe” lakonan Paul Mescal dan Saoirse Ronan, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Januari 2024.
PENGGANTI RUSSELL CROWE UNTUK FILEM ‘GLADIATOR 2’ SUDAH DITEMUI
Pelakon yang semakin meningkat naik ini telah menewaskan beberapa nama besar seperti Austin Butler untuk menggantikan Russell Crowe dalam filem “Gladiator 2’ arahan Ridley Scott.
MULA BERKENALAN DI TWITTER, PAUL MESCAL UMUM PERTUNANGAN BERSAMA PHOEBE BRIDGERS
Pelakon Ireland yang terkenal melalui siri “Normal People”, Paul Mescal mengumumkan pertunangan bersama penyanyi Amerika Syarikat, Phoebe Bridgers.
GANDINGAN CHRIS HEMSWORTH & RUSSELL CROWE DALAM THOR: LOVE AND THUNDER
Chris Hemsworth menzahirkan keterujaan apabila dapat bekerjasama dengan pelakon legenda yang merupakan idolanya, Russell Crowe.
6 GAYA TERBAIK DI FASHION AWARDS 2021
Royal Albert Hall London menyaksikan kehadiran pencinta fesyen dan para selebriti dalam penampilan segak sempena acara yang ditunggu-tunggu, Fashion Awards 2021.