“SAYA NAK ‘ALL OUT’ TAHUN INI!”- SHARUL AIMY
- Mendalami Edisi New Gen 2023, apakah mitos Gen Z?
Mereka tidak mempedulikan politik itu tidak tepat sama sekali. Belia atau remaja hari ini semakin lantang bersuara dalam isu sosial dan budaya. Langsung mendorong lebih banyak pengetahuan termasuk hak asasi manusia, kepelbagaian dan kesaksamaan jantina umpamanya.
- Cara Gen Zer berbeza daripada mana-mana generasi bila…
Kita rasa selesa untuk berpunya kawan sungguhpun tidak pernah berjumpa secara fizikal, atau IRL. Ya, mungkin di antara kita bergantung sepenuhnya dengan telefon pintar. Namun, ada baiknya bila kita terdedah dengan rangkaian sosial yang lebih meluas. Secara tidak langsung, membuka peluang pekerjaan yang kreatif, menarik juga bermanfaat. Ertinya kita semua tidak terkecuali untuk memerah tenaga bagi mencapai matlamat bagi menjana pendapatan.
- Teknologi yang paling membantu juga menjengkelkan buat Sharul?
Sudah tentu, Internet. Bukan sahaja menyenangkan turut sama menyusahkan segelintir individu sekiranya dia begitu menuruti kehendak tekanan sosial yang hadir seiringan.
- Pemuda Gen Zer adalah…
Kami selesa berkongsi masalah peribadi dengan individu yang dipercayai. Seperkara lagi, lelaki Gen Zer juga tidak lagi segan menitikberatkan hal penjagaan diri dan kecantikan demi reputasi.
- Kualiti gadis menerusi mata pemuda Gen Zer?
Wanita kini lebih berani menyuarakan pendapat dan bijak mencarikan solusi. Demikian, untuk mendampingi mereka kita seharusnya lebih menyokong, mendorong dan saling melengkapi sesama sendiri.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN
GL Gang, Sharul Aimy dan Jason Tan memulakan pengembaraan urban di sekitar Kuala Lumpur dengan koleksi UNIQLO Summer Travel Essentials yang selesa, ringan dan bergaya.
25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Bertemakan “Mismatched Chaos”, GLAM dan GLAM Lelaki menganjurkan parti fesyen tahunan #GLAMXGLAMLELAKIFASHIONPARTY2024 bersama Coach Malaysia di KLoe Hotel KL.