Skip to content

SELAMAT BERNIKAH, INI FAKTA MENGENAI SUAMI MIZZ NINA

SELAMAT BERNIKAH, INI FAKTA MENGENAI SUAMI MIZZ NINA

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Matlamat Perkahwinan Mizz Nina & Essam Muhammad

Pemilik nama Shazrina Azman ini menambah, tujuan perkahwinan mereka adalah semata-mata kerana Allah. “Satu-satunya tujuan di sebalik semua usaha dalam kerja yang kami lakukan adalah berlandaskan iman dan sentiasa berasaskan kepada Allah. Dunia ini hanya sementara dan hari esok mungkin tidak akan tiba.

“Kami faham perkahwinan adalah untuk mencambah cinta, mencari ketenangan dan memperoleh rahmat. Niat utama haruslah untuk sentiasa mencari redha Allah agar kami dapat menuju syurga bersama.” Dia turut meluahkan harapan agar rahmat dan kelebihan yang ada pada diri mereka suami isteri dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Foto: Instagram

Essam Muhammad mempunyai latar belakang yang sama seperti Mizz Nina. Jejaka berketurunan Maghribi itu merupakan seorang penyanyi rap, penulis lirik dan pelakon dari Seattle, Amerika Syarikat. Dia memulakan kerjaya dalam industri muzik pada tahun 2016 dengan melancarkan video West Is My Home. Dia turut melancarkan dua album sepanjang kerjayanya berjudul 12.12 (2018) dan Chapter20Six (2020) kolaborasi bersama Petty Pro.

Bukan sekadar menyanyi dan menulis lagu, Essam Muhammad juga banyak mengetengahkan unsur dakwah melalui karya-karyanya. Disebabkan itu dia sering diundang untuk berkongsi pengalaman dan inspirasi dengan komuniti Islam di seluruh dunia. Terbaru, dia menceburi bidang lakonan menerusi filem Purple Don’t Cry yang turut ditayangkan Festival Filem Antarabangsa Seattle baru-baru ini.

Purple Don't Cry (2023) - IMDb

 

Pautan berkaitan: SAH BERCERAI, NOH SALLEH & MIZZ NINA MOHON DOA PEMINAT

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA

SHILA AMZAH & UBAI MZ DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN, RHEA AKIRA

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH

TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH BAKAL TIMANG ANAK KETUJUH

Bacaan Lanjut
TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN

TOM HOLLAND & ZENDAYA BERSEDIA MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN

Bacaan Lanjut
EMINEM ‘BUNUH’ ALTER EGO SLIM SHADY DALAM ALBUM TERBARU

EMINEM ‘BUNUH’ ALTER EGO SLIM SHADY DALAM ALBUM TERBARU

Bacaan Lanjut
KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN

KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DIKURNIAKAN ANAK PEREMPUAN

Bacaan Lanjut
TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut