Skip to content

SENARAI PENUH PEMENANG TONY AWARDS KE-75

SENARAI PENUH PEMENANG TONY AWARDS KE-75

Kongsikan artikel ini
1 of 4

Tony Awards 2022 yang diadakan di Radio City Music Hall, New York cukup meriah dengan kehadiran bintang Broadway termasuk Hugh Jackman, Andrew Garfield, Jessica Chastain dan Vanessa Hudgens.

Berlangsung selama tiga jam, Tony Awards yang mengiktiraf pencapaian terbaik Broadway itu dihoskan oleh aktres Ariana DeBose yang turut menghiburkan hadirin dengan persembahan memukau.

Dari segi pemenang, Jesse Tyler Ferguson berjaya membawa pulang trofi Best Performance By An Actor In A Featured Role In A Play menerusi persembahannya dalam Take Me Out. Deirdre O’Connell menggondol trofi yang sama untuk kategori wanita menerusi Dana H.

Satu lagi kemenangan besar menyaksikan Myles Frost menggengam trofi Best Performance By An Actor In A Leading Role In A Musical menerusi persembahannya sebagai bintang pop Michael Jackson dalam MJ.

Semak senarai penuh pemenang Tony Awards tahun ini.

Tony Awards 2022

Foto: Pinkvilla

1 of 4