SHILA AMZAH & UBAI BERTUNANG SELEPAS LIMA BULAN MENYULAM CINTA
Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah berkongsi khabar gembira itu bersama pengikutnya di Instagram. Dia memuat naik beberapa keping foto pertunangan mereka berserta kapsyen ringkas, “Alhamdulillah” bersama emoji sebentuk cincin.
Dalam foto itu, Ubai dilihat menyarung baju melayu dan sampin berwarna ungu yang dipadankan bersama celana dan kasut hitam. Shila Amzah pula tampil anggun dalam busana labuh rona sedondon. Pelantun lagu Bahagiakan Dia itu turut berkongsi foto sama di akaun Instagramnya.
“Saya dan Ubai mahukan majlis tertutup. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Terlebih terkurang dari pihak keluarga Sha, kami minta maaf ya. Dan terakhir, terima kasih buat semua yang mendoakan kami. Semoga kami kuat menghadapi segala apa yang mendatang.”

Foto: Instagram
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.











