Skip to content

SHILOH GUGUR NAMA BAPA, INI RESPONS BRAD PITT

SHILOH GUGUR NAMA BAPA, INI RESPONS BRAD PITT

Kongsikan artikel ini

Anak sulung bekas power couple Brad Pitt dan Angelina Jolie, Shiloh mengambil satu langkah ke hadapan untuk menjauhkan diri daripada bapanya.

Menurut laporan People, Shiloh telah menfailkan permohonan untuk menggugurkan ‘Pitt’ daripada namanya secara rasmi. Shiloh atau nama sebenarnya Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles pada 27 Mei lalu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18.

Shiloh adalah anak sulung kandung pasangan itu namun yang keempat selepas Maddox, Pax dan Zahara yang merupakan anak angkat. Brangelina juga mempunyai sepasang kembar, Knox dan Vivienne.

Angelina Jolie Brad Pitt shiloh

Foto: Page Six

Brad Pitt Kecewa Dengan Tindakan Shiloh

Aktor berusia 61 tahun itu dilaporkan terluka dengan keputusan Shiloh untuk menggugurkan namanya. Menurut sumber terdekat, dia amat merindui anak-anak yang sudah lama tidak ditemuinya.

“Brad sedar dan kecewa dengan tindakan Shiloh. Kelahiran Shiloh adalah saat paling menggembirakan dalam hidupnya. Dia memang sudah lama mahu menimang anak perempuan.

“Sukar untuk Brad apabila kehilangan anak-anaknya. Dia amat sayang dan rindukan mereka. Situasinya sangat menyedihkan. Ya, dia masih gembira dengan perhubungannya bersama Ines de Ramon. Tetapi berjauhan dengan anak-anak membuatnya terluka,” jelas sumber.

Foto: Celebrity Baby Blog

Shiloh bukan satu-satunya anak pasangan itu yang mahu menukar nama keluarga. Dalam Playbill untuk teater muzikal baru The Outsiders, Vivienne yang bergelar penerbit di samping ibunya menggunakan nama Vivienne Jolie, bukannya Vivienne Jolie-Pitt.

Namun pada masa ini tidak diketahui sama ada Vivienne sudah membuat permohonan rasmi untuk menggugurkan nama bapanya, sama seperti Shiloh.

Brad dan Angelina disatukan sebagai suami isteri pada Ogos 2014. Dua tahun kemudian, jelitawan itu menfailkan perceraian secara rasmi.

 

Foto: Entertainment Tonight

Pautan berkaitan: INSIDEN DALAM PESAWAT YANG MENCETUSKAN PERCERAIAN BRAD PITT-ANGELINA JOLIE

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENAMPILAN KARPET MERAH PERTAMA BRAD PITT & INES DE RAMON SEBAGAI PASANGAN KEKASIH

PENAMPILAN KARPET MERAH PERTAMA BRAD PITT & INES DE RAMON SEBAGAI PASANGAN KEKASIH

Bacaan Lanjut
ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

Bacaan Lanjut
JOSEPH QUINN & DOJA CAT HANGAT DILAMUN CINTA?

JOSEPH QUINN & DOJA CAT HANGAT DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA

BAKAL KEMBALI HIDUP SOLO, BEN AFFLECK BELI KEDIAMAN BARU BERHARGA RM92 JUTA

Bacaan Lanjut
SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?

SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIH WANITA BERUSIA SEBAGAI ISTERI

5 SELEBRITI LELAKI YANG MEMILIH WANITA BERUSIA SEBAGAI ISTERI

Bacaan Lanjut