Skip to content

SIAPAKAH CIK AFZAA FADINI, SURI HATI TENGKU AMIR SHAH?

SIAPAKAH CIK AFZAA FADINI, SURI HATI TENGKU AMIR SHAH?

Kongsikan artikel ini

Raja Muda Selangor telah dihijabkabulkan bersama pilihan hati, Cik Afzaa Fadini pada 2 Oktober 2025 hari ini. 

Hari ini, tanggal 2 Oktober 2025 bersamaan 10 Rabi’ul Akhir 1447H, sejarah baharu tercipta buat institusi Diraja Selangor. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah selamat disatukan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz. Majlis akad nikah berlangsung penuh adat dan istiadat di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis istimewa ini disaksikan keluarga diraja, tetamu kehormat serta rakyat jelata yang turut mendoakan keberkatan pasangan diraja ini.

Wanita yang Menawan Hati Raja Muda Selangor

Sosok bernama Cik Afzaa Fadini, kini digelar Datin Paduka Seri Afzaa Fadini menjadi perhatian ramai selepas sah bergelar isteri kepada pewaris takhta Selangor. Beliau bukan sahaja dikenali kerana latar keluarganya, tetapi juga kerana pencapaian akademik dan sumbangannya dalam bidang pemuliharaan alam sekitar. Cik Afzaa Fadini pernah terlibat secara langsung dalam pengurusan kawasan hutan pemuliharaan di Semenanjung Malaysia. Ia di mana beliau bekerjasama dengan agensi kerajaan, syarikat korporat serta komuniti tempatan untuk mempertingkatkan biodiversiti dan kelestarian alam. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di London serta aktif dalam kerja-kerja sukarelawan melalui inisiatif Teach For Malaysia dan Epic Homes Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tengku Amir Shah (@rmselangor)

Latar Belakang Pendidikan

DPS Cik Afzaa Fadini merupakan seorang alumni School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Development Studies and Economics. Beliau kemudian menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di King’s College London. Beauty with brain, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana dalam Sustainable Cities (2015–2016). Bidang ini menekankan pembangunan bandar yang seimbang antara kemajuan ekonomi, kelestarian alam, serta kesejahteraan masyarakat.

Dari Oktober 2020 hingga Mac 2025, Afzaa Fadini berkhidmat sebagai Project Manager di Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC). Sepanjang lebih empat tahun, beliau memainkan peranan penting dalam mengurus dan melaksanakan program pemulihan hutan aktif. Ia menjadi sumbangan besar kepada usaha melindungi ekosistem hutan hujan tropika di Malaysia.

Detik Bersejarah

Menjelang tarikh istiadat hari ini, rakyat Selangor turut bersama mendoakan kelancaran perjalanan perkahwinan diraja ini. Pada 25 September lalu, majlis bacaan Yasin dan doa selamat telah diadakan di seluruh masjid di Selangor. Ini menjadi tanda kesyukuran dan doa restu. Dengan berlangsungnya akad nikah pada hari ini, istiadat seterusnya akan diteruskan pada 22 Oktober 2025 bersamaan 30 Rabi’ul Akhir 1447H, iaitu Istiadat Persandingan Diraja serta Majlis Santapan Diraja di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah.

Perkahwinan ini bukan sekadar menyatukan dua hati, malah mengukuhkan lagi peranan institusi Diraja Selangor yang sentiasa dekat di hati rakyat. Kehadiran Cik Afzaa Fadini sebagai suri hati Tengku Amir Shah diyakini bakal memberi nafas segar dalam kesinambungan tradisi, dengan gabungan nilai diraja serta aspirasi moden yang dibawa oleh latar belakang pendidikan dan kerjaya beliau.

Pautan berkaitan: ROYAL ROMANCE: TENGKU AMIR SHAH RAI CINTA DALAM ISTIADAT OKTOBER INI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PERKAHWINAN KERABAT DIRAJA YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN

5 PERKAHWINAN KERABAT DIRAJA YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN

Bacaan Lanjut
KENALI GADIS KACUKAN YANG BAKAL BERGELAR ISTERI PUTERA MATEEN, ANISHA ROSNAH

KENALI GADIS KACUKAN YANG BAKAL BERGELAR ISTERI PUTERA MATEEN, ANISHA ROSNAH

Bacaan Lanjut
17 FOTO PERKAHWINAN GILANG-GEMILANG PUTERA AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF

17 FOTO PERKAHWINAN GILANG-GEMILANG PUTERA AL HUSSEIN & RAJWA AL SAIF

Bacaan Lanjut
CINTA PANDANG PERTAMA PUTERA MAHKOTA FREDERIK & PUTERI MARY

CINTA PANDANG PERTAMA PUTERA MAHKOTA FREDERIK & PUTERI MARY

Bacaan Lanjut