Skip to content

SISI DERMAWAN FATTAH AMIN

SISI DERMAWAN FATTAH AMIN

Kongsikan artikel ini

Rezeki Fattah Amin dilihat semakin melimpah ruah beberapa bulan kebelakangan ini.

Selepas kembali hidup solo, pelakon itu bukan saja menjalin kerjasama dengan jenama Pak Mat Western malah turut menjadi duta krim malam Rissa Skin.

Terbaharu, dia terlibat dalam kempen Jakel Raya 2025 di samping Amira Othman, Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan Anzalna Nasir antaranya. Ternyata rezeki yang dianugerahkan Tuhan itu tidak dinikmati sendirian, sebaliknya dikongsi bersama yang memerlukan.

Menerusi produksi Fattah Amin Management Sdn Bhd, aktor itu memberi sumbangan kepada Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia baru-baru ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Sumbangan berjumlah RM15,000 itu antara usaha untuk membantu meringankan beban serta menyokong kebajikan veteran yang banyak berbakti kepada negara.

sisi dermawan fattah amin

Tanda Penghargaan Fattah Amin Buat Veteran Tentera

Sumbangan yang diberikan itu adalah sebahagian daripada inisiatif Fattah dalam kerja-kerja kebajikan. Terdahulu, dia tampil dengan beberapa program bagi menghargai pengorbanan tentera melalui kempen Tabik Wira Kita.

“Saya sedar pengorbanan anggota tentera dalam menjaga keamanan negara tidak ternilai. Ini adalah sumbangan kecil saya sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada mereka.

“Semoga sumbangan kecil ini dapat dimanfaatkan untuk menjalankan sebarang program yang mampu memberi senyuman kepada veteran tentera.

“Saya berharap lebih ramai individu dan syarikat tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang selama ini banyak berkorban untuk negara. Setiap sumbangan, besar atau kecil, pasti memberi impak positif kepada kehidupan veteran tentera,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Ini bukanlah kali pertama bintang Pendekar Awang itu memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Pada Oktober 2024, Pak Mat Western memaklumkan bahawa Fattah menyedekahkan komisen jualan kambing perap berjumlah RM90,000 kepada golongan asnaf dan ibu tunggal.

Tiga bukan kemudian, pelakon berusia 35 tahun itu diam-diam menyalurkan bantuan dan menyumbang baju sejuk buat kanak-kanak di Gaza, Palestin.

 

Pautan berkaitan: FATTAH AMIN: RAMADAN, FASA BARU SEBAGAI SEORANG BUJANG