SITI SALEHA TERIMA PENGIKTIFARAN ANTARABANGSA DI KOREA SELATAN
‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Itulah peribahasa tepat yang menggambarkan situasi aktres jelita, Siti Saleha.
Baru-baru ini pelakon berusia 34 tahun itu terbang ke Korea Selatan untuk menghadiri Seoul International Drama Awards 2024. Penampilannya di majlis anugerah itu adalah bersempena pencalonannya dalam kategori Anugerah Bintang Asia.
Dan siapa sangka, Saleha berjaya mengharumkan nama negara dengan membawa pulang trofi Bintang Asia Terbaik di acara yang berlangsung pada 25 September. Dengan penuh keterujaan, dia berkongsi khabar gembira menerusi satu hantaran di Instagram.
“(Trofi) Ini milik kita Malaysia,” tulisnya di ruangan kapsyen. Dalam foto yang dimuat naik, Saleha menayang trofi yang dimenanginya sambil tersenyum gembira.

Foto: Instagram
Siti Saleha Bersinar Di Persada Global
Saleha menerima pencalonan Bintang Asia Terbaik menerusi siri asal Tonton berjudul SeOfis yang disiarkan pada awal tahun ini. Dalam siri itu dia menggalas watak sebagai Sam di samping dua lagi karakter utama lakonan Nadiya Nisaa dan Nadia Aqilah.
SeOfis menyusuri perjalanan tiga usahawanita sekitar usia 30-an yang menjalankan perniagaan sendiri di bawah satu bumbung. Permulaan yang sukar akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan, sekali gus mendukung masing-masing dalam mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota.
Dengan kemenangan ini, Saleha berjaya menewaskan beberapa calon berbakat besar dari negara Asia lain. Ini termasuk Kim Chiu dari Filipina untuk drama Deceit dan Ochi Rosdiana dari Indonesia untuk Love Without Cause. Tidak ketinggalan Desmond Tan (All That Glitters/Moments) dari Singapura dan Mewatin Opas-iankajorn (Enigma/Beauty Newbie) dari Thailand.

Foto: Instagram
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: PUTERA WILLIAM TERIMA PENGIKTIRAFAN TIDAK DISANGKA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 DRAMA HEBAT LAKONAN SITI SALEHA ANDA WAJIB TONTON
GL kongsikan beberapa naskah terbaik lakonan suri hati kepada pereka fesyen Joshua Fitton ini.
TAHNIAH! JOSHUA FITTON DAN SITI SALEHA SAH BERGELAR SUAMI ISTERI
Pereka fesyen Joshua Fitton dan aktres terkenal, Siti Saleha telah melangsungkan majlis dalam satu acara tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.
CINTANYA BUKAN LAGI RAHSIA! GLAM LELAKI SELAMI HATI JOSHUA FITTON
Kisah percintaan Joshua Fitton dan Siti Saleha bukan lagi rahsia. GLAM Lelaki menyelami jauh ke lubuk hati mereka.
JOSHUA FITTON BERTUNANG BERSAMA SITI SALEHA
Berita pertunangan Joshua Fitton dan Siti Saleha menerima respon positif daripada media dan peminat mereka berdua.
5 DRAMA TERBAIK LAKONAN SITI SALEHA TERMASUK SEOFIS
Aktres berusia 34 tahun ini telah membintangi pelbagai naskah hebat yang melonjakkan namanya dalam industri hiburan tanah air.
TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Barisan selebriti dan pempengaruh media sosial telah hadir untuk memeriahkan #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 tahun ini dengan meriah. Bertemakan 'Mismatched Chaos', para tetamu yang hadir telah menunjukkan penampilan dan gaya yang unik.