SONG JOONG KI BERGELAR BAPA BUAT KALI PERTAMA
Pertemuan Pertama
Dua tahun lalu aktor kelahiran Daejeon, Korea Selatan itu menjayakan watak Vincenzo Cassano dalam drama popular Vincenzo. Menurut beberapa portal media, pasangan itu mengenali satu sama lain ketika Song Joong Ki mendaftar kelas bahasa Itali dengan aktres itu sebagai persediaan untuk melakonkan wataknya.
Katy Louise Saunders pula kini semakin jarang muncul di kaca televisyen dan layar perak atas sebab yang tidak diketahui. Dia mencipta nama menerusi filem romantis Itali berjudul Un Viaggio Chiamato Amoro (A Scandalous Journey) pada 2002. Sepanjang dua dekad kerjayanya sebagai pelakon, aktres berusia 38 tahun ini telah membintangi lebih 20 buah filem dan drama termasuk watak sampingan dalam The Lizzie McGuire Movie (2003) dan Law & Order musim ke-15 episod keempat, Coming Down Hard (2004).
Dia juga pernah berlakon di samping bintang kelas-A Hollywood iaitu Liam Neeson, Mila Kunis dan Olivia Wilde dalam Third Person (2013). Filem terakhir lakonannya adalah pada 2018 berjudul Condor, The Scorpion King: Book of Souls dan Welcome Home.
Perkahwinan pasangan ini merupakan yang pertama buat Katy Louise Saunders dan kedua buat Song Joong Ki. Aktor itu pernah bergelar suami kepada bintang The Glory, Song Hye Kyo dari 2017 hingga 2019.
Foto: Twitter/Cafe Daum
Pautan berkaitan: PROJEK TERBARU SONG JOONG KI SELEPAS BERGELAR SUAMI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA
Sama seperti anak lelaki sulungnya, cahaya mata kedua Song Joong Ki turut dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali.
AZWAN KOMBOS & EZZATY ABDULLAH SAMBUT KEHADIRAN ORANG BARU
Tahniah buat Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga pada 26 September lalu.
SONG JOONG KI MENGHITUNG HARI MENIMANG ANAK KEDUA
Selepas setahun dikurniakan putera sulung, Song Joong Ki dikhabarkan sedang menantikan kelahiran cahaya mata keduanya bersama isteri, Katy Louise Saunders.
“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR
Duta Garmin Malaysia, Alif Satar berkongsi mengenai perjalanannya sebagai seorang bapa, dipengaruhi oleh hubungan rapat bersama bapanya sendiri.
RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR
Bersempena Hari Bapa tahun ini, M Resort & Hotel Kuala Lumpur mahu menghargai hero dalam hidup anda dengan pengalaman gastronomi istimewa pada 16 Jun 2024.
4 HADIAH ISTIMEWA PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA
Meraikan kasih sayang seorang bapa, GLAM Lelaki menyenaraikan empat idea hadiah istimewa yang bakal memeriahkan lagi sambutan hari bapa.