Skip to content

SONG JOONG KI MENGHITUNG HARI MENIMANG ANAK KEDUA

SONG JOONG KI MENGHITUNG HARI MENIMANG ANAK KEDUA

Kongsikan artikel ini

Selepas setahun dikurniakan putera sulung, Song Joong Ki dikhabarkan sedang menantikan kelahiran cahaya mata keduanya bersama isteri, Katy Louise Saunders.

Portal media Korea Selatan, News1 melaporkan baru-baru ini bahawa Katy kini sedang hamil dan memberi fokus penuh pada penjagaan pranatal. Perkara itu turut disahkan agensi Song, HighZium Studio.

Bagaimanapun butiran lanjut seperti jantina bayi dan tarikh bersalin tidak didedahkan kepada umum. Pasangan itu dilaporkan telah pun berkongsi khabar gembira ini bersama ahli keluarga dan rakan terdekat.

“Song Joong Ki dan isterinya akan menyambut kelahiran anak kedua. Kami tidak dapat mendedahkan tarikh lahir dan jantina bayi bagi menjaga privasi mereka,” tulis agensi dalam satu kenyataan.

Song Joong ki Katy Louise Saunders

Foto: X

Song Joong Ki Teruja Menjadi Bapa

Aktor berusia 38 tahun ini mengesahkan perhubungannya dengan Katy pada Disember 2022. Menurut laporan, pasangan itu diperkenalkan oleh seorang rakan mereka.

Song mendaftar perkahwinannya pada Januari 2023 dan mendedahkan kehamilan isterinya pada bulan sama menerusi satu surat yang dimuat naik di fan cafe rasmi miliknya.

Katy selamat melahirkan putera sulung mereka pada Jun 2023 di kampung halamannya di Rom, Itali. Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Song dengan berkongsi foto hitam putih yang menunjukkan anak lelakinya sedang menggenggam jari kelingkingnya.

“Saya kini berada di Rom, kampung halaman isteri saya. Kami baru sahaja menyambut kelahiran anak sulung, seorang anak lelaki. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Saya kini sedang menjaga keluarga saya, dengan perasaan gembira dan bersyukur,” tulisnya.

Foto: Fan Cafe

Menerusi perkongsian sama, bintang Reborn Rich itu berkata anak lelakinya adalah anugerah paling buat berharga buat dia dan isteri. Kehadirannya memenuhi impian terbesar mereka untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.

Dalam wawancara bersama Newsroom sempena mempromosi filem Hopeless pada Oktober tahun lalu, Song mendedahkan keterujaan dan perubahan hidupnya setelah bergelar bapa.

“Saya dan isteri bersemangat melakukan tugas ibu bapa dengan baik bersama-sama. Kami memberi sokongan kepada satu sama lain, dan ini sesuatu yang membanggakan buat diri saya. Kehidupan saya kini dilimpahi kebahagiaan,” katanya.

 

Foto: Pinterest

Pautan berkaitan: PENAMPILAN PERTAMA SONG JOONG KI & ISTERI SELEPAS KEHADIRAN ANAK SULUNG

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut
PENAMPILAN PERTAMA SONG JOONG KI & ISTERI SELEPAS KEHADIRAN ANAK SULUNG

PENAMPILAN PERTAMA SONG JOONG KI & ISTERI SELEPAS KEHADIRAN ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
SONG JOONG KI BERGELAR BAPA BUAT KALI PERTAMA

SONG JOONG KI BERGELAR BAPA BUAT KALI PERTAMA

Bacaan Lanjut
SONG JOONG KI MENGHITUNG HARI MENIMANG ANAK KEDUA

PROJEK TERBARU SONG JOONG KI SELEPAS BERGELAR SUAMI

Bacaan Lanjut
SONG JOONG KI AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN AKTRES ITALI

SONG JOONG KI AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN AKTRES ITALI

Bacaan Lanjut
SONG JOONG KI MENGHITUNG HARI MENIMANG ANAK KEDUA

SONG JOONG KI DIPILIH MEMBINTANGI SEBUAH KARYA AGUNG

Bacaan Lanjut