TAHNIAH! ERWIN DAWSON AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI
Pelakon asal Singapura, Erwin Dawson kini sah bergelar suami kepada gadis pujaannya, Lee Suxiu Solleha Bazilah.
Pasangan ini diijabkabulkan dalam majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat di kota Singa pada 17 Januari lalu. Pada majlis itu, Erwin menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin emas.
Menurut pelakon Pulang itu, dia sememangnya berniat untuk mengadakan majlis secara sederhana. Begitu juga yang diinginkan isterinya.
“Kami merancang majlis perkahwinan ini dalam tempoh sebulan saja. Bulan lalu kami rancang dan bulan ini sudah bergelar suami isteri.
“Kami pilih bernikah pada 17 haribulan kerana tidak dapat slot hujung minggu. Saya dan isteri mempunyai pemikiran sama. Kami mahukan majlis sederhana, tidak perlulah besar-besaran. Cuma ada majlis jamuan untuk saudara-mara terdekat,” ujarnya, menurut Berita Harian.
Lee Suxiu Solleha Bazilah Wanita Idaman Erwin Dawson
Aktor kacak kacukan Melayu-New Zealand ini berkata, Solleha adalah wanita tepat buat dirinya dan bersyukur kerana mereka akhirnya disatukan.
“Saya teruja kerana memang menantikan hari bersejarah ini. Saya sudah menemui wanita terbaik. Dia isteri yang baik, peramah dan penyayang. Jadi susah untuk kita tidak suka kepadanya.
“Dia juga sangat penyabar dan boleh tundukkan ego serta emosi saya. Jadi saya rasa tak sampai hati nak memarahinya. Keluarga pun suka melayannya. Alhamdulillah, saya bertemu seseorang yang mementingkan keluarga,” tambahnya.
Pasangan ini berkenalan menerusi TikTok pada bulan Februari 2023 sebelum berbalas mesej di Instagram. Mereka bertemu sebulan kemudian seterusnya perhubungan menjadi rapat.
“Dalam tempoh perkenalan, kami tak pernah mengatakan kami bercinta. Cukuplah masing-masing faham hati dan perasaan. Bila makin rapat, saya rasa eloklah jika kami berkahwin. Tidak manis pula orang tengok kami selalu keluar bersama.”
Pasangan ini mengakui tidak merancang mahu mendapatkan zuriat dalam masa terdekat. Kini selain berlakon, Erwin dan isterinya memberi fokus dalam perniagaan ubah suai kediaman, Your Reno Works di Singapura.
Foto: Facebook/Instagram
Pautan berkaitan: PUTERA MATEEN SELAMAT DIIJAB KABUL DENGAN DAYANG ANISHA ROSNAH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA PASANGAN TERBAIK DI FILEM FESTIVAL CANNES 2025
Gaya pasangan di Festival Filem Cannes 2025 menjadi pertanyaan ramai,terutamanya kerana tahun-tahun sebelum ini dipenuhi pasangan ikonik.
GLENN YONG, “DUNIA FESYEN MEMBUKA MINDA SAYA KEPADA BEGITU BANYAK PERKARA KREATIF DAN PENGALAMAN INDAH.”
Glenn Yong, dari platform TikTok ke bidang lakonan dan nyanyian, artis berasal dari Singapura ini sememangnya versatil dengan bakat seni.
AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL: FESYEN SEBAGAI BAHASA CINTA
Ameera Khan dan Jefri Nichol membuktikan bahawa cinta boleh disampaikan melalui gaya dan simbolik yang halus.
TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA
Selepas menghadiri Golden Globes 2025, Timothee Chalamet dan Kylie Jenner sekali lagi membuat kemunculan bersama di tempat awam.
DILAMAR BENNY BLANCO, SELENA GOMEZ AKHIRNYA TEMUI KEBAHAGIAAN
Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, Selena Gomez melangkah ke fasa baru dalam hidup apabila dilamar teman lelakinya yang juga penerbit muzik terkenal.
BAKAL BERGELAR BAPA, ZACHARY LEVI TERUJA IMPIANNYA MENJADI NYATA
Kehidupan aktor Shazam!, Zachary Levi bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.