Skip to content

TAHNIAH! RANDY PANGALILA TIMANG PUTERI SULUNG

TAHNIAH! RANDY PANGALILA TIMANG PUTERI SULUNG

Kongsikan artikel ini

Pelakon kacak dari seberang, Randy Pangalila kini bergelar bapa selepas isterinya, Chelsey Frank selamat melahirkan cahaya mata pertama Rabu lalu di Hospital RSIA Bunda, Jakarta, Indonesia.

Randy meluahkan rasa bersyukur menerusi satu hantaran di Instagram dan sempat berkongsi keadaan isteri dan bayinya. Dia turut memuat naik beberapa momen indah kelahiran di bilik pembedahan.

“Semalam merupakan hari paling bermakna buat saya dan isteri. Wanita kuat ini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan kami namakan Blair Willow Pangalila.

“Sebuah momen bahagia yang sudah dinanti-nantikan. Terima kasih doktor dan jururawat yang sudah membantu kelancaran proses bersalin isteri saya, sempat bergurau kecil supaya isteri tidak tertekan,” tulisnya.

Pelakon terkenal itu juga memberitahu, pihak hospital mengikuti prosedur dan protokol Covid-19 yang ditetapkan sepanjang mereka berada di sana. Menerusi foto yang dikongsi, Chelsey dilihat melahirkan bayinya melalui proses pembedahan.

 

 

Randy dan Chelsey melangsungkan perkahwinan pada 19 Januari 2019 dalam satu majlis romantis bertempat di Taman Bahagawan, Nusa Dua, Bali. Sebelum berumah tangga, dia dan isterinya yang merupakan warga Kanada menjalani perhubungan jarak jauh untuk satu tempoh masa yang agak lama.

Randy Pangalila bukanlah nama asing di Malaysia. Dia mula dikenali sewaktu membintangi filem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang pada 2011 dan drama Dalam Hati Ada Taman pada 2012, gandingan bersama Elfira Loy.

Setahun kemudian, dia ditawarkan peranan dalam drama Benci vs Cinta di samping Nora Danish, Hefny Saad dan Sharifah Sakinah. Kali terakhir dia membintangi karya terbitan Malaysia adalah pada 2017 menerusi drama Urusan Hati Cik Drama Queen.

 

Foto: Instagram/Randy Pangalila

 

Pautan berkaitan: RANDY PANGALILA LANCARKAN MINYAK WANGI ‘THE SECRET’

 

 

 

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM TERBAIK ARIO BAYU, AKTOR BERKARISMA DALAM SIRI GADIS KRETEK

5 FILEM TERBAIK ARIO BAYU, AKTOR BERKARISMA DALAM SIRI GADIS KRETEK

Bacaan Lanjut
Arya Saloka

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN AKTRES GADIS KRETEK, DIAN SASTROWARDOYO

5 FILEM HEBAT LAKONAN AKTRES GADIS KRETEK, DIAN SASTROWARDOYO

Bacaan Lanjut
NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

NOH SALLEH KEMBALI MEMEGANG STATUS SUAMI

Bacaan Lanjut
CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL

CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL

Bacaan Lanjut
PERKAHWINAN JOE JONAS DAN SOPHIE TURNER DILANDA BADAI?

PERKAHWINAN JOE JONAS DAN SOPHIE TURNER DILANDA BADAI?

Bacaan Lanjut