SELEPAS KARTIK AARYAN, AAMIR KHAN PULA DISAHKAN POSITIF COVID-19
Seorang demi seorang bintang Bollywood dijangkiti coronavirus akhir-akhir ini. Terbaru adalah pelakon, penerbit dan pengarah popular, Aamir Khan.
Berita tersebut disampaikan oleh jurucakap yang kemudiannya dikongsi di Instagram @etimes. Namun tidak dinyatakan sama ada Aamir dijangkiti di tempat kerja atau melalui kontak rapat.
Menurut laporan Pinkvilla, pelakon berusia 56 itu sedang menjalani penggambaran sebuah filem ketika dia disahkan positif wabak tersebut.
“Aamir telah menjalani ujian calitan dan keputusannya positif. Dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, dia turut mengarahkan pekerjanya untuk melakukan ujian calitan untuk pencegahan,” ujar sumber terdekat.

Foto: Filmibit
Situasi yang dilalui pelakon 3 Idiots itu sekali gus menyebabkan penggambaran filem Laal Singh Chaddha terpaksa dihentikan sementara buat kali kedua.
Sebelum ini Aamir mengalami kecederaan serius pada bahagian dada ketika melakukan aksi lasak dalam penggambaran filem yang sama.
Laal Singh Chaddha merupakan sebuah filem adaptasi daripada sebuah karya Hollywood berjudul Forrest Gump lakonan Tom Hanks.
Selain Aamir, filem tersebut turut dibintangi Kareena Kapoor yang kini sedang berehat selepas melahirkan cahaya mata kedua Februari lalu.
Antara selebriti Bollywood lain yang turut dijangkiti Covid-19 sebelum ini adalah Kartik Aaryan, Ranbir Kapoor, Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan, Arjun Kapoor, Malaika Arora dan Kriti Sanon.
Foto: Bollyandco
Pautan berkaitan: SWAFOTO SHAH RUKH & AAMIR KHAN BUAT NETIZEN MENGGILA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TREND ARTIS BERCERAI, PERKAHWINAN ABHISHEK BACHCHAN DAN AISHWARYA RAI JUGA DILANDA BADAI?
Ketiadaan Abhishek Bachchan di sisi Aishwarya Rai dan anaknya, Aaradhya pada acara NMACC mencetuskan spekulasi perceraian mereka.
PENAMPILAN PERTAMA NICK JONAS & PRIYANKA CHOPRA BERSAMA PUTERI SULUNG
Selepas setahun dilahirkan ke dunia, wajah anak pertama Nick Jonas dan Priyanka Chopra akhirnya didedahkan kepada umum.
SHAH RUKH KHAN CETUS KEMARAHAN UMAT ISLAM SEKALI LAGI
Perkongsian Shah Rukh Khan mengenai isu ketuhanan mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA
Peminat nampaknya terpaksa menunggu lebih lama untuk menonton persembahan pentas Drake yang seterusnya.
RANVEER SINGH BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SELEPAS SIAR FOTO SEKSI
Nama aktor terkenal Bollywood, Ranveer Singh menjadi buah mulut netizen selepas berkongsi foto dirinya tanpa pakaian di media sosial.
BARISAN AKTRES YANG MENGATASI JURANG PENDAPATAN DI BOLLYWOOD
Tidak keterlaluan mengatakan bahawa industri perfileman India kini berada di tahap lebih baik di mana pelakon dibayar berdasarkan bakat, bukannya jantina.